TB masa menerima keputusan peperiksaan SPM abang Irfan.  Alhamdulillah, lepas penat  jerih selama 5 tahun jatuh bangun, berjaya juga mendapat apa yang diimpikan.  Tiada kata terucap bila melihat tuan badan menitiskan air mata kegembiraan.  Ayah ibu apatah lagi. Tahu bagaimana perjalanan abang irfan selama 5 tahun walaupun berjauhan. 


keputusan spm 2018, keputusan spm, spm


Moga menjadi sokongan dan dorongan untuk adik-adik pula selepas ini.  Selangkah lagi abang akan bergerak untuk masa depan.  Kali ni ibu ayah dah makin jauh.  Menginjak dewasa. Berfikir sebaiknya dalam apa juga tindakan yang akan diambil. Kami doakan abang irfan terus berjaya dunia akhirat.

3 Comments