Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau Mesti Kena Cuba

Wednesday, March 28, 2018

Lama dah blog sepi takde cerita.  Terima kasih pada korang yang setia datang sini walaupun jarang-jarang ada cerita baru.  Nanti akak cuba selit-selitkan masa dengan update terkini.  Ada je. 

Cuti Sekolah Yang Sibuk

Cuti sekolah baru ni memang cuti sekolah yang sibuk untuk akak sekeluarga.  Bermula daripada pengumuman keputusan peperiksaan SPM, macam-macam urusan yang akak kena buat.  Ada masa buat bersama-sama dengan en hubby ada masa kena uruskan sendiri.  Dalam masa yang agak terhad, sempat juga luangkan bersama-sama dengan keluarga en hubby betul-betul hari terakhir cuti sekolah untuk orang yang tinggal di Kedah macam akak ni.

Bila berkumpul ramai-ramai, salah satu agenda ialah mencari tempat makan yang sedap.  Kali ini, semua adik beradik en hubby dapat berkumpul termasuk dengan anak-anak saudara yang semakin besar.  Riuh korang tau! Plan punya plan, semua sepakat nak cuba mee udang sedap yang pernah viral di Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau.  Abang ipar bertindak sebagai ketua cepat-cepat booking tempat sebelum kehabisan.  Bila dah booking bolehlah tenang-tenang bersiap ke sana.

Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau

Lokasi kedai ini tidak jauh daripada Ban Pecah, tempat viral juga ni.  Dari Bagan Serai rumah MIL tidaklah jauh sangat, dalam 45 minit perjalanan santai.  Bagi yang nak cuba memandu di kawasan taliair dan sawah, boleh juga cuba ke sini.  Akak awal-awal dah angkat tangan, takpalah tak nak uji skil memandu di sini....serahkan pada yang mahir.

Sesampai di kedai ni, memang ramai dah orang parking dan menunggu. Akak memang pertama kali sampai.  Nampak terujalah juga sebab dah terbayang mee udang yang pernah diceritakan oleh abang ipar sebelum ni.  Oleh kerana dah buat tempahan, kami terus cari meja untuk duduk. Memandangkan jumlah kami ramai, kenalah sambung-sambung meja jadi panjang.  Kat sini ada 2 tempat makan di bahagian kedai dan juga di luar mengadap sungai.

santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik

Lokasi tepi sungai.  Tengok bot nelayan.


santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik

Sepinggan mee udang puas makan.  Sedikit pedas tapi masih sedap.

Untungnya bila dah buat tempahan, duduk tak panas punggung lagi makanan dah sampai.  Ada dua pilihan mee udang iaitu biasa dan special.  Kalau order yang special, jumlah udangnya lebih sekali ganda daripada mee udang biasa.  Puas makan udang jadinya!  Selain daripada mee udang, ada juga mee ketam, nasi goreng udang, mee goreng udang dan sebagainya.  Di gerai bahagian luar juga ada yang menjual keropok lekor, sotong goreng, ABC dan satu dua jenis makanan yang lainnya. 

santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik

Bila dah selesai masing-masing tersandar kekenyangan.  Tunggu geng anak-anak pulak.

santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik

Bila dah dapat pinggan masing-masing senyap terus.


Tempat Rehat Ban Pecah

Selesai makan, kami masing-masing berpecah haluan.  Ada yang nak balik ke rumah MIL, ada juga yang nak balik ke rumah masing-masing.  Laluan balik akak ikut susur taliair sehinggalah sampai ke tempat santai yang dipanggil Ban Pecah.  Punyalah ramai orang. Macam-macam aktiviti rupanya yang ada di situ. Ada orang berjualan, bermain layang-layang, berehat-rehat bersama keluarga dan tak kurang juga ada pasangan pengantin yang mengambil gambar kenang-kenangan.  Cantik sungguh suasana petang di situ.  Kalau tunggu sampai petang mesti lebih cantik. Tak pe lain kali boleh plan ke sini lagi.

santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik


Untuk korang yang teringin nak mencuba Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau ni boleh cuba google mapsnya. Akak share kat sini.


 


Sebaiknya tempah dahulu sebelum pergi , kempunan pulak nak makan mee udang bila dah habis.  Pada peminat mee udang, in sha Allah puashati.

santai petang, mee udang parit 30, mee udang sedap, ban pecah, cuti dengan keluarga, tempat makan menarik

You Might Also Like

8 comments

  1. wah, sedapnya..lama xpekena mee udang..
    ha, time cuti2 gini mmg byk la jmpa pengantin dok outdoor photoshoot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu..sekarang trend pengantin ambik gambar kat luar

      Delete
  2. balik kampung nanti nak cubalah. Kak zi nanti roger-roger boleh kita dating makan mee udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...boleh...nanti roger awal

      Delete
  3. bagusnya.. lama tak makan mi udang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali pekena mee udang memang best

      Delete
  4. Sedapnya mee udang. Last makan mee udang sedap masa kat Sabak Bernam. Lps ni ada rezeki lalu sini boleh singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena cuba...lain tempat lain rasanya

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook