Khasiat Bunga Kantan

Wednesday, March 07, 2018

Korang kenal tak bunga kantan?

Bunga kantan ni antara bahan penting kalau nak masak kuah laksa.  Selain daripada menambah rasa, aromanya juga best! Kalau dulu bunga kantan ni akak suka masukkan sahaja dalam masakan, untuk ambil rasa dan baunya. Selesai makan, buang sahaja lebihannya.  Tapi sekarang, bila ada masakan yang dimasukkan dengan bunga kantan, boleh berebut dengan en hubby nak habiskan.

Sedap rupanya bunga kantan yang dah di masak.  Favorite sekarang ni masukkan dalam masakan asam pedas.  Akak dara akak pun dah pandai simpan tepi takut mak ayah habiskan.  Kalau korang nak tau macamana rasanya, korang kena cuba sendiri.  Memang best!

Khasiat Bunga Kantan


1. Mencuci luka dengan cara merebus bunga kantan selama beberapa minit.
2. Menghilangkan lendir dan kahak dengan meminum air rebusan bunga kantan
3. Merawat kencing manis dan darah tinggi
4. Menghilangkan bau badan wanita lepas bersalin dengan menggunakan air rebusan bunga  kantan  ketika mandi.
5. Penambah selera makan

Banyak juga rupanya khasiat bunga kantan ni ye.  Baru akak tau.  Bab penambah selera makan tu memang akak setuju.  Yang lain-lain boleh cuba untuk mengetahui kesannya. 


Khasiat Bunga Kantan, bahan asli, organik
Persiapan nak masak asam pedas. Ni antara yang perlu ada dalam asam pedas akak.

Bunga kantan ni taklah susah sangat nak menanamnya.  Akak tanam kat tepi-tepi pagar rumah saja.  Bila dan tumbuh dan hidup cepat pulak membiaknya.  Senang bila tanam sendiri kat rumah, bila nak guna boleh ambil terus.  Sekarang ni harga sebatang bunga kantan pun boleh tahan juga.  Kalau kawasan nak tanam tak berapa ada, tanam aje dalam pasu. 




You Might Also Like

9 comments

  1. SA suka bunga kantan..dulu masa muda2, tak berapa suka sebab bau dia tu..la ni dah tua ni..semua yang tak suka jadi suka

    ReplyDelete
  2. Banyak jugak khasiat bunga kantan ni. Ingat boleh letak dalam masakan aje. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Bagus khasiat dia ye kak. Tp org yg byk angin dlm badan xleh makan bunga kantan ni kan kak?

    ReplyDelete
  4. Baru tahu kelebihan bunga kantan

    ReplyDelete
  5. yes
    bunga kantan memang sedap dimakan
    dulu2 xsuka
    sekarang memang suka makan
    tapi harga sekarang mahal..dah lah tu tak elok sangat pun kondisinya yang dijual tu

    ReplyDelete
  6. asam pedas kalau letak bunga kantan dengan daun kesom mmg menyengat. pedas2, masam2....terangkat!

    ReplyDelete
  7. Banyak kelebihan bunga kantan rupanya , ingatkan ia sebagai salah satu bahan masakan sahaja , hehe . Terima kasih atas info (:

    ReplyDelete
  8. baru tahu kebaikan bunga kantan ni, ingatkan untuk bagi rasa dan bagi nampak cantik je.. hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. bunga kantan ni penmbah selera pun, sentiasa mkn bertambah klau masak..hihi..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook