Debaran Berakhir Esok

Wednesday, March 14, 2018

Berdebar mengalahkan tuan punya badan akak ni. Esok keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan.  Makin dekat makin kuat debarannya. Agak-agak esok dalam dewan tu mesti dah berpeluh-peluh dalam air-con nanti.


Debaran Berakhir Esok,keputusan peperiksaan SPM, SPM 2018


Akak mahupun en hubby masing-masing dan susun jadual elok-elok untuk tarikh keramat 15 Mac 2018.  Banyak kali dah menunggu saat menerima keputusan peperiksaan anak tapi kali ni rasanya lain sedikit.  Pertama kali anak nak dapat result SPM.  Pertama kali nak tengok situasi anak-anak yang akan berhijrah ke satu lagi tingkat dalam menggapai ilmu pengetahuan.

Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM


Moga dipermudahkan perjalanan hari esok.  Ibu doakan abang irfan dan kawan-kawan dapat keputusan setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. It not end of the world! Apapun keputusannya nanti...redho.

Bagi yang tak berkesempatan ke sekolah, boleh juga dapatkan keputusan melalui sms.  Caranya mudah sangat.

  • Taip : SPM  No.KP <jarak> Angka Giliran dan SMS ke 15888
  • Contoh : SPM 990612031234 WY001A040 sms ke 15888
Debar dah ni....

You Might Also Like

4 comments

  1. semoga dapat keputusan cemerlang
    amin

    ReplyDelete
  2. mak bapa yg terlebih debaran ni hihi smoga dpt keputusan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  3. semoga abang irfan berjaya :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook