Berjaya Siapkan Sepasang Kurung Merah

Thursday, March 01, 2018

Akhirnya berjaya juga akak siapkan sepasang baju kurung untuk amira.  Dah lama sungguh tak menjahit, masih ada lagi skill rupanya. Jangan tanya boleh ambil tempahan atau tidak ye. Akak memang tak ambil tempahan, cukup sekadar jahit untuk keperluan sendiri saja.

Dalam keluarga akak, memang anak-anak perempuan ni boleh menjahit.  Akak sendiri kalau nak bandingkan antara menjahit dan memasak, akak lebih kepada jahitan tapi bila dah bekeluarga kedua-duanya agak seimbanglah sebab kemahiran dalam kedua-dua perkara ini banyak membantu. Sekarang ni nak cucuk jarumpun tak berapa clear so dah kurang dah bermain dengan jarum dan benang.


jahitan, jahit baju sendiri, mesin jahit mudah guna, baju kurung


Ni mesin jahit comel akak.  Dah lama ada benda ni. Mula-mula beli memang semangat bukan main lagi. Macam-macam jahit termasuk mengambil tempahan menjahit langsir.  Lepas tu bila adik wan lahir, simpan terus mesin dalam almari.  Bila amira masuk asrama penuh, banyak keperluan nak kena sediakan. Tambah-tambah dengan ekonomi sekarang, mana yang boleh berjimat, kita jimatkan.  Fikir punya fikir, akak bagitau en hubby, akak nak cuba jahit baju batik outing amira dan kain rasmi sekolah. 

Berminggu juga sebenarnya ambil masa dan mood untuk potong kain.  Antara bahagian baju dan kain, akak tak berapa yakin untuk siapkan kain susun tepi.  Mujurlah sekarang ni ramai yang tidak lokek ilmu berkongsi dalam media sosial.  Lepas yakin terus potong kain dan jahit.

Anak-anak memang tak percaya yang ibu depa ni boleh buat baju kurung.  Jangan pandang sebelah mata tau!!! Kali terakhir akak menyiapkan sepasang baju kurung ialah masa mula-mula dapat kerja tetap di tempat bekerja sekarang.  Hampir 20 tahun lepas....lama kan!

jahitan, jahit baju sendiri, mesin jahit mudah guna, baju kurung



jahitan, jahit baju sendiri, mesin jahit mudah guna, baju kurung

Bila nak cepat siapkan tak kira kat mana, sambil tunggu en hubby dalam kereta pun boleh menjahit. Rindu pulak nak buat seni jahit manik semula.

Hasilnya, hmmmm...masih ada lagi skill rupanya.  Terhasillah sepasang kurung merah ni untuk amira.  Walaupun ada cacat cela sikit sikit tapi yang penting berhasil.  Lega rasa bila dapat siapkan baju ni on time.  Lepas ni bolehlah mula balik projek jahit baju sendiri.  Jimat banyak tu. Anak-anak pun dah cakap ibu je lah jahit baju depa lepas ni. Hmmmm.....tengoklah kalau mood rajin ibu korang ni berterusan......


You Might Also Like

8 comments

  1. Go go go kak zie. Lepas ni boleh ambik tempahan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha....tak kot...jahit utk diri sendiri ja

      Delete
  2. Tahniah berjaya siapkan sepasang kurung merah. Adoi miza ne beli jew mesin comei tu tapi buat tukun

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya berjaya juga. Kena guna juga jgn simpan terus jadi tukun

      Delete
  3. wah cantik
    saya nak masukkan benang dalam jarum pun dah gagal
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni bermasalah juga nak masukkan benang ....faktor usia, mata pun dah tak berapa terang

      Delete
  4. Untungnya pandai jahit...

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/giveaway-rm200-untuk-10-tukang-komen.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahit mudah-mudah bolehlah, nak fesyen fesyen tak kesampaian jugak lagi

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook