Akak ni jarang sangat terpilih memenangi cabutan bertuah. Sesekali dapat hadiah cabutan bertuah memang rasa diri bertuah sungguh.  Cerita lama ni tapi nak letak jugak kat sini sebagai ingatan dan perkongsian untuk korang.  Mungkin korang bercadang untuk datang bercuti ke Pulau Pinang dan sedang mencari penginapan selesa sesuai dengan harganya.


Percutian Ditaja Di Ixora Hotel, Seberang Perai

Percutian 2 hari 1 malam ini mendapat tajaan pihak hotel sendiri di atas sumbangan semasa berlangsungnya majlis makan malam akhir pelajar-pelajar Tingkatan Lima sekolah irfan.  Walaupun asalnya agak malas nak turut serta tapi mengenangkan event terakhir untuk anak-anak batch ini, akak dan en hubby join jugak la. Kemenangan hadiah cabutan bertuah ini memang tidak disangka.  Termangu-mangu masa nombor bertuah dipanggil.


Ixora Hotel bukan lokasi baru bagi akak.  Tapi untuk bermalam memang pengalaman baru. Lokasi hotel ini lebih kurang setengah jam daripada rumah akak.  Company tempat akak bekerja pun kerap juga mengadakan event di sini. Oleh kerana masa yang agak terhad, akak tak nak simpan lama-lama voucher yang diterima, takut nanti tak berkesempatan kalau asyik bertangguh-tangguh.


Hotel Moden Selesa Untuk Percutian Keluarga



Walaupun lokasinya di sebelah Seberang Perai tapi tidaklah jauh untuk korang melintas ke pulau.  Keluar sahaja daripada kawasan hotel, dalam 5 minit korang akan sampai ke laluan Penang Bridge atau kurang daripada 15 minit bergantung kepada keadaan jalanraya, korang akan sampai ke laluan jeti untuk menaiki feri ke pulau.  Ixora Hotel juga berdekatan dengan Pacific Mall, boleh berjalan kaki sahaja, tak sampai berpeluh pun.  Bolehlah kalau nak bersantai bermain bowling denga keluarga atau duduk lepak-lepak sambil bersembang anak beranak.


Tempat makan tidaklah susah sangat.  Samada korang ke arah pulau atau singgah sahaja kedai makan nasi kandar yang berhampiran. Kalau tidak mahu membawa kenderaan sendiri, panggil sahaja Uber atau Grab. Di sini perkhidmatan Uber dan Grab agak aktif juga.


Di Ixora Hotel, akak dapat bermalam di bilik deluxe.  Biliknya agak besar juga, cukup selesa untuk kami sekeluarga.  Akak minta 2 katil single dan dalam bilik ada sofa panjang yang boleh juga jadi tempat tidur.  Alah semalam sahaja pun. Sebelum ke sini, akak google juga serba sedikit info tentang hotel.  Kenalah buat ala-ala pelancong kan.

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

Smart phone yang ada disediakan dalam bilik. Sebarang pertanyaan korang boleh buat live chat je.  Korang boleh guna juga untuk cari tempat menarik yang korang nak kunjungi atau tempat makan.

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

Macam biasa, semua ni disediakan.  Mini bar untuk bilik deluxe pun korang boleh ambil jajan yang disediakan tanpa dikenakan bayaran.  Kalau bilik superior korang kena bayar.



Proses check in tidak mengambil masa yang lama. Waktu check in, sama sahaja kebanyakan hotel, bermula jam 2 petang.  Kami tak mahu check in lambat sebab target utama anak-anak nak terjun kolam dulu. Menariknya di sini, mungkin juga pertama kali akak masuk hotel yang dilengkap dengan satu handphone sebagai pembantu sekiranya kita ada pertanyaan atau boleh digunakan untuk mengetahui tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi.  Korang boleh chat dengan  online customer service kalau ada masalah dan tindakbalas mereka cepat juga.


Kemudahan Yang Ada Di Ixora Hotel Seberang Perai



Selain daripada berhampiran dengan mall, di hotel sendiri dilengkapi dengan gym yang comel dan juga kolam renang di tingkat 2 bangunan (kalau tak silap akak lah, dah lupa ).  Kolam terbahagi kepada dua bahagian, untuk dewasa dan kanak-kanak-  Di bahagian kanak-kanak disediakan slide yang pastinya menarik.  Sekitar kawasan kolam renang disediakan kerusi-kerusi rehat yang selesa untuk korang bersantai sambil mandi manda atau tunggu anak-anak korang berendam.  Eh!! Akak tak sangka tau cantik pemandangan di sini.

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

Kolam renang dewasa. Taklah besar sangat tapi menarik.

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

Yang ni kolam renang untuk kanak-kanak.  Yang dewasa boleh dok tepi-tepi sambil tengok anak-anak bermain. Slide tu yang menarik minat budak-budak ni. Yang tak kenalpun boleh jadi kawan.

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

easy access hotel, penginapan menarik, ixora hotel Penang, percutian keluarga, Pulau Pinang

Bahagian belakang kolam renang dewasa, ada kawasan ni yang boleh korang duduk rehat-rehat sambil ambil gambar.  Cantik jenis-jeni kerusi rehat yang disediakan memang puashati nak rehatkan diri.


Berbaloi dapat voucher cabutan bertuah ni. Sesekali kena juga ambil angin sambil berehat dengan keluarga. Kalau korang mencari tempat penginapan yang easy access samada ke pulau atau seberang perai, akak cadangkan korang ke Ixora Hotel.




9 Comments

  1. Macam menarik jer kak Azi hotel ni...

    ReplyDelete
  2. Seronok bila dapat voucher macam nie kan sis..

    ReplyDelete
  3. bestnya menang cabutan bertuah dekat hotel. Memang jimat banyak tu kalau makan angin. Service hotel best, hati pun best. Suka stay dekat hotel yang ada pool. Kalau tak boleh buat aktiviti luar hotel boleh lepak dekat hotel je :D

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyer dpt vaucher hotel..hehehe mmg bertuah tuu, kak :)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya menang cabutan bertuah. Tasha ni tak pernah lagi menang apa2 cabutan bertuah

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat voucer percutian. Rugi kalau tak gi kan. hihi

    ReplyDelete
  7. Syoknyaaa kak! Hotel ni pun nampak selesaa :)

    ReplyDelete
  8. menarik...dkt sgt dh dr rumah...

    ReplyDelete