Cuti Panjang Bersama Keluarga

Awal tahun lagi dah sibuk dengan planning cuti. Suka sangat akak kalau ada cuti umum yang bersambung-sambung dengan cuti hujung minggu. Mesti boleh plan cuti panjang bersama keluarga.  Masa inilah anak-anak semua ada di sisi ibu ayah, mereka pun pasti teruja nak bercuti panjang bersama keluarga. 

Tiada perancangan untuk keluar jauh setakat merancang jalan dekat-dekat tanpa perlu bermalam di mana-mana selain daripada rumah sendiri.   Secara kebetulan en hubby pun ada di rumah.  Aktiviti yang kami suka buat bila berkumpul ialah mencari tempat makan menarik.  En hubby awal-awal dah bagitau nak makan ikan bakar.  Dalam kepala akak dan teringat lokasi ikan bakar di Teluk Tempoyak, Pulau Pinang.  Tak sangka pulak, itu juga yang terkeluar daripada mulut en hubby...jom kita ke Teluk Tempoyak.  Samakan!!

Sebaik lepas Asar, kami sekeluarga memulakan perjalanan yang tidaklah jauh sangat, dalam sejam boleh je sampai. Terbayang dah ikan yang dibakar dicicah dengan air asam sedap dan kicap. Sambal ikan bakar yang hmmm...yummy sangat.  Tak sangka pula lain yang jadi. Di pertengahan jalan kami singgah sebentar membeli beberapa barang keperluan untuk digunakan keesokkan hari. Lepas siap semua, masuk kereta, en hubby start tapi engine kereta tak mahu berfungsi. Cuba lagi...cuba lagi...dan lagi.  Anak-anak dah mula riuh. Akak dan en hubby pun dah mula cuak. En hubby kata mungkin bateri dah kong sebab tu tak boleh start. Hmm...kat mana pula nak cari bantuan ni. Maklumlah hari-hari cuti, banyak kedai yang tutup. Takkan nak call adik beradik atau kawan-kawan datang bantu, mereka pun sedang bercuti dengan keluarga.  Teringat kawan akak pernah bercerita tentang perkhidmatan Bateriku.com

Bateriku.com Penyelamat Perjalanan Anda

Cepat-cepat google cari info dan nombor untuk dihubungi. Dah dapat terus call tanpa bertangguh. Hilang semua rasa lapar. Kena pastikan kereta berfungsi semula.  Lepas maklumkan lokasi kami, staf Bateriku.com beri masa dalam 20 minit untuk sampai. 


kereta kong, bateri kong, bantuan dalam perjalanan, bateriku.com, ganti bateri kereta



Sebaik tiba,  menurut En Mat, wakil Bateriku.com maklumkan sebelum menukar bateri, mereka akan check dulu , mungkin kereta tak boleh start disebabkan oleh perkara lain.  Lepas check dengan peralatan yang di bawa, boleh dah start dan bolehlah kami meneruskan perjalanan kami. Terima kasih atas kecekapan dan tindakan pantas yang diambil oleh Bateriku.com 

Kelebihan Memilih Bateriku.com

1. Harga lebih murah.Warranty antara 12 hingga 18 bulan mengikut jenama bateri yang          dibeli
2. Bateriku.com  telah dikenali dan boleh dipercayai
3. Penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan adalah dengan percuma
4. Sekiranya masalah bukan disebabkan oleh bateri, tiada caj yang akan dikenakan                untuk khidmat nasihat yang diberikan.
5. Mudahnya pembayaran boleh dibuat menggunakan debit atau kredit kad.



kereta kong, bateri kong, bantuan dalam perjalanan, bateriku.com, ganti bateri kereta

Jenis-jenis bateri yang dibawa bersama.  Korang boleh pilih nak yang mana satu. Semuanya ada warranty.

kereta kong, bateri kong, bantuan dalam perjalanan, bateriku.com, ganti bateri kereta

Test dulu.  Peralatan lengkap ada bersama so korang tak perlu risau. Tiada caj tambahan dikenakan pun.

Bateriku.com Di mana-mana

Kalau korang nak tahu, kawasan liputan perkhidmatan Bateriku.com ni dah semakin meluas.  Selain daripada Pulau Pinang, Bateriku.com juga beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan dalam perancangan juga meluaskan kawasan liputan sehingga ke Sabah dan Sarawak.  Jangan risau kalau kereta korang break down malam-malam sebab Bateriku.com mula bertugas dari jam 7 pagi sehingga ke 12 tengah malam.


kereta kong, bateri kong, bantuan dalam perjalanan, bateriku.com, ganti bateri kereta

Wakil Bateriku.com di Pulau Pinang.

Punca Kegagalan Bateri Kenderaan

Sambil-sambil check bateri kereta kami, sempat juga En Mat berkongsi punca-punca kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan. Akak share sini untuk pengetahuan bersama.  Bagus jugak bila dapat berkongsi info.

1. Bateri ternyahcas – antara sebab berlaku adalah mungkin terlupa matikan suis lampu, pintu kereta tidak ditutup rapat atau mungkin juga disebabkan suis pengidup terbiar menyala (ON) semalaman.

2. Bateri sudah lama tidak digunakan – sekiranya kenderaan korang tidak akan digunakan dalam tempoh masa yang lama mungkin seminggu atau lebih, sebaiknya korang kena pastikan kabel bateri ditanggalkan daripada terminalnya. 

3. Bateri sudah sampai hayat. 

Bila dah jadi macam ni, akak memang sarankanlah korang simpan nombor telefon Bateriku.com ni dalam handphone korang.  Kejadian berlaku tanpa diduga. Bersedia dan beringat selalu sebaiknya. Untuk maklumat lanjut berkenaan Bateriku.com, boleh diperolehi :

Call : 1-300-22-2324
Whatsapp : 012-245 8027


kereta kong, bateri kong, bantuan dalam perjalanan, bateriku.com, ganti bateri kereta




Jangan susah hati sebab Bateriku.com memudahkan perjalanan korang. Download applikasi Bateriku.com di Google Playstore atau Apple Store. Anda akan lebih yakin walaupun memandu berseorangan.

3 Comments

  1. Alhamdulillah wujud servis yang memudahkan macam ni...

    ReplyDelete
  2. Mujur ada bateriku.com tak perlu bawa kereta ke bengkel. tunggu staff dorang datang jew

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ada bateriku.com jadi penyelamat...

    ReplyDelete