Cuti Chinese New Year lepas, akak ambil peluang jalan-jalan dengan anak-anak. Jalan dekat-dekat aje.  Cuti banyak hari kalau dok kat rumah aje rasa bosan jugak.  Pilih-pilih tempat, masing-masing setuju je nak ke Taiping. Selain daripada nak menjamu selera boleh lah rehat-rehat di sekitar  Taman Tasik.

Food Court Larut Matang

Kalau yang biasa ke Taiping mesti tau di mana lokasi food court ni. Food court Larut Matang ni terletak di Jalan Panggung Wayang Taiping. Apa yang menarik kat sini? Di sini ada pelbagi jenis makanan di jual.  Ada sate, pelbagai nasi goreng, mee, pasembur dan macam-macam lagi.  Kalau ke sini, pilihan kami ialah murtabak dan popia basah.  2 jenis makanan ni memang menjadi pilihan kami sejak dulu lagi, apa kata orang...dari zaman berdua lagi. 

jalan-jalan taiping, taman tasik taiping, food court larut matang taiping, jalan-jalan cari makan di taiping


Popia ni tak lari rasanya walaupun yang membuat dah bertukar.  Begitu juga dengan murtabak ayam dan daging ini. Kami tambah juga dengan sate. Laju je tengok anak-anak makan. 

jalan-jalan taiping, taman tasik taiping, food court larut matang taiping, jalan-jalan cari makan di taiping

Murtabak ni memang kegemaran anak-anak. Dua kali order, letak, habis.

jalan-jalan taiping, taman tasik taiping, food court larut matang taiping, jalan-jalan cari makan di taiping


Waktu jualan di sini sehingga petang sahaja.  Kalau ke Taiping ni korang kena tau nak setkan masa dan lokasi untuk makan-makan. Setiap waktu makan tu ada sahaja lokasi menarik yang boleh korang kunjungi.

Berbeca Di Taman Tasik Taiping

Lepas makan petang, kita berehat dulu di Taman Tasik Taiping.  Banyak berubah juga sejak kunjungan terakhir kami tahun lepas.  Salah satu pokok besar berdekatan dengan tempat menyewa sampan dah tumbang ke tengah jalan.  Laluan di situ juga telah dilencongkan dan laluan di kawasan pokok tumbang tu dijadikan tempat yang lebih sesuai untuk pejalan kaki dan mereka yang menyewa basikal beraktiviti.  Menarik juga.

jalan-jalan taiping, taman tasik taiping, food court larut matang taiping, jalan-jalan cari makan di taiping

Bergambar di bawah batang pokok yang dah tumbang.  Boleh dijadikan satu bahan tarikan pula pokok tumbang ni. Majlis tempatan kena kreatiflah nak fikirkan macamana sebab ia melibatkan pelencongan jalan sediaada.


Ada juga sewaan basikal, basikal kayuh berdua, bertiga dan tidak ketinggalan beza yang korang boleh kayuh sendiri.  Adik wan sibuk nak kayuh basikal dengan ayah. Akak dan anak-anak yang lain memilih naik beca sahaja sebab irfan teringin nak kayuh sendiri. 


jalan-jalan taiping, taman tasik taiping, food court larut matang taiping, jalan-jalan cari makan di taiping

Bersungguh abang irfan mengayuh beca ni.  Dah berhenti baru terasa gigil kaki katanya. Sekurang-kurangnya tau jugaklah rasa orang yang membawa beca tu kan..taklah syok duduk saja.

Layankan saja berbeca mengelilingi kawasan taman tasik tu, dah rasa macam pelancong sungguh.  Selesai berbeca layan pula adik wan bermain di padang permainan. Malamnya sebelum balik bercadang nak ke restoran Dolly tapi silap hari.  Rupanya setiap jumaat restoran Dolly tutup.  Peringatan untuk pengunjung, lain kali kalau nak merasa makan kuey teow Dolly, jangan datang hari Jumaat. Bukan rezeki kami.

Lain kali bercadang nak naik Bukit Larut pula.  Dalam perjalanan balik baru terasa penatnya.  Penat-penat pun anak-anak kata seronok....layankan saje!

2 Comments

  1. Replies
    1. memang sedap. Kalau ke sini memang tak lepaskan peluang pekena popia ni.

      Delete