Lafazkan Kalimah CintaMu

Tuesday, February 06, 2018

Tersangkut lagi dengan drama bersiri.   Yang terakhir akak follow ialah Titian Cinta.  Sekarang ni dah terpaut dengan Lafazkan Kalimat CintaMu pulak.  Akak memang peminat novelis Siti Rosmizah.  Maka secara tidak langsung, oleh kerana karyanya ini telah di dramakan pulak maka terikut jugaklah.

Lafazkan Kalimah Cintamu


Ditayang di Astro Ria 104 dan Ria HD 132, drama 32 episod ini telah mula disiarkan pada 15 Januari 2018.  Sehingga semalam dah episod yang ke 13, panjang lagi ceritanya. Jalan ceritanya tak lari daripada kisah si kaya dan yang kurang, yang disukai dan tidak namun akhirnya disebabkan kebaikan dan nilai-nilai baik yang ditunjukkan maka rasa tidak suka menjadi suka. Akak suka cara penyampaian dan pemilihan pelakon pun agak kena dengan watak-watak yang ada.  Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Nelydia Senrose - akak suka lakonannya yang bersahaja. Farid Kamil - yang ni tak nak komen banyak, cerita macam ni memang makanan dia pun. Adibah Noor - kak dibah ni memang sesuai dengan watak yang di bawanya. Adalah lagi beberapa orang yang juga berjaya dengan watak masing-masing.

tonton online, baca novel online


Ada yang tanya sempat jugak ye akak layan drama-drama bersiri ni.  Kalau korang nak tahu, bukannya akak tengok setiap malam terus di kaca tv.  Biasanya anak akak record kan dan bila ada kesempatan barulah akak tengok.  Kadang-kadang tengok secara online sahaja. Kat mana nak tengok? Korang boleh tengok kat sini LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU . Kalau yang tak pernah berkesempatan lagi, korang boleh qada balik daripada episod 1.


Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

#terima kasih web kepala bergetar.


tonton online, baca novel online


Pada korang yang tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni tapi tak nak beli buku ceritanya, korang boleh baca kat SINI . Setakat ni cerita di tv dan novel tak jauh bezanya.  Akak dah baca novelnya, dan menariknya bila dah tahu siapa pelakon yang membaca watak-wataknya, bila baca novel, mulalah bayangkan pelakon-pelakon tersebut. Kat tv, feel dia lebih sikit la.....




You Might Also Like

3 comments

  1. SA dah baca novel dia lama dah kak..tapi x layan citer..kalau layan sure terjebak...

    ReplyDelete
  2. mkin lama makin terjebak..hui3

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook