Happy Belated Birthday Wish Untuk Kakak

Wednesday, February 07, 2018

Baru sempat nak update pasal birthday kakak ni. Throw back la yer..

Actually birthday anak kedua akak ni jatuh ada 29 Januari yang lepas. Dah 16 tahun dah usianya.  Besar tinggi ngalahkan mak dia. Sekarang ni kira baju, kasut semua boleh share, nak berjalan senang sikit tak payah bawa baju banyak, hari ni mak pakai...lusa kakak pulak, boleh gitu?

birthday wish, sweet 16, meraikan harilahir
Happy birthday kakak. Moga menjadi anak solehah yang sentiasa menjaga diri sebaiknya mengikut lunas agama dan sentiasa menghormati yang sepatutnya dan terus berjuang untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, agama dan keluarga.

Kata orang anak kedua ni perangai lain sikit. Lain macamana? Kakak ni agak independent sikit, suka buat kerja diam-diam, senang bawa berbincang tapi penakut jugak orangnya.  Kat sekolah suka join pasukan beruniform dan menyertai pasukan kadet laut. tak pernah akak terfikir ada anak-anak yang berminat dengan pasukan beruniform ni.  Kalau tengok saiz badan memang sesuailah.  Yang bestnya di usia 15 tahun dah diberi peluang menggunakan senapang M16 semasa latihan kem kadet.Jealous ayahnya terus pergi latihan menembak di lapang sasar.

Antara keempat-empat anak akak, yang kedua nilah yang paling senang kelahirannya.  Akak mula rasa tak selesa lepas maghrib, boleh bertahan sampai sakit dah dekat. Bergerak dari rumah di Kulim jam 1130 malam sampai di hospital Pantai Mutiara Penang jam 1205 tengahmalam. Turun kereta terus masuk labour room, sempat salin baju, tepat jam 1255 pagi lahirlah dia.  Pantas sangat masa tu berlalu. Bak kata kakak ipar, baru ja tadi sembang kata sakit, ni dah bersalin dah pun....

birthday wish, sweet 16, meraikan harilahir


birthday wish, sweet 16, meraikan harilahir


Bila anak-anak makin dewasa ni dah rasa usia pun makin pendek.  Moga sempat tengok mereka semua ni berjaya dalam pelajaran dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka. Tiada sambutan meriah pun sekadar masak speghetti olio pedas, bakar ayam dan sebiji kek.  Secara kebetulan adik dapat peluang outing asrama, sambutlah sekali birthday kakak.

Tahun depan dah nak SPM dah..... 

You Might Also Like

4 comments

  1. happy belated birthday kakak.. semoga menjadi anak solehah tiket mak ayah ke syurga. sihat dan cergas.. amin amin =D

    ReplyDelete
  2. Happy birthday kakak. semoga sentiasa dalam rahmat Allah selalu.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday kakak...

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday
    kek tu nampak sedap

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook