5 Tips Cara Jimat Masa Melipat Baju Yang Korang Boleh Ikut. Dalam banyak banyak tugas rumahtangga, bab lipat baju memang akak liat sikit.  Tambah-tambah kalau terlepas sehari melipat, bila dah berhari-hari memang menggununglah baju-bajunya.  Bila masa yang sesuai untuk melipat baju? Tiada masa yang sesuai kalau korang nak betul-betul allocate kan masa untuk melipat baju.  Korang kena cari sendiri masa dan mood yang datang tak menentu.  Betul tak?

Sepanjang musim PKP ni memang akak bekerja dari rumah sahaja.  Walaupun hari-hari di rumah, tetap baju menggunung tidak berlipat. Eh!! Bukan mudah yer bekerja dari rumah.  Kerja semua jadi berganda dan kena pandai mengagihkan masa antara kerja rumah, kerja pejabat, melihat kerja sekolah anak dan kena cari masa juga untuk tulis entry kat sini.  Kalau korang perasan sekarang ni memang jarang-jarang sekali blog ni berupdate.  Rugi macam-macam cerita ada tapi tak sempat nak mengarang.  Maka dengan itu, akak share dengan korang 5 tips yang mesti boleh guna untuk jimatkan masa korang melipat baju yang berbakul-bakul tu.


cara mudah lipat baju, urusan rumahtangga, cara yang membantu anda, lipat baju
gambar google


5 Tips Cara Jimat Masa Melipat Baju

Sebagaimana wanita bekerjaya yang lain, akak pun tak terkecuali mempunyai jadual harian yang pack.  Dari bangun bagi sampai lah ke malam sebelum tidur.  Macam-macam benda nak kena buat. Kalau hari kerja, lagilah rasa masa sangat terhad untuk kerja-kerja rumah. Kena pandai susun jadi dan curi-curi masa untuk kerja-kerja tertentu.  Mungkin korang boleh ikut cara akak ni dalam menguruskan perihal baju bajan yang bila tiba hujung minggu dah macam gunung jadinya.

1. Asingkan baju dalam bakul yang berlainan. 

Kaedah ini sangat sesuai kalau isi rumah korang ada yang besar dan kecil.  Setiap kali selepas angkat baju dari ampaian, akak akan masukkan saja dalam bakul baju masing-masing – ayah, ibu, kakak dan adik.  Bila nak libat ambil satu-satu bakul, lipat dan masukkan semula dalam bakul masing-masing. Nanti tuan dia pandailah ambil dan simpan dalam almari baju sendiri. Kalau anak-anak dah besar, masukkan sahaja dalam bakul masing-masing dan tuan punya bakul akan lipat sendiri.  Memang cepat dan pantas cara ini sebab kurang banyak jumlah baju yang akak kena lipat.

cara mudah lipat baju, urusan rumahtangga, cara yang membantu anda, lipat baju
gambar dpd keluarga.my


Kalau ruang rumah tak berapa luas, korang masih boleh gunakan kaedah pengasingan menggunakan bakul. Cuma hadkan 2 bakul besar sahaja – satu untuk baju-baju dan satu lain untuk pakaian dalam  dan stoking. Jadi bila nak lipat jimat dah masa tak perlu nak asing-asingkan.

2. Gunakan hanger baju 

Menggunakan hanger akan mengelakkan baju menjadi terlalu berkedut.  Bila baju kurang berkedut, kuranglah masa nak betul-betulkan perletakkan baju sebelum lipat. Cepat sedikit boleh menghabiskan lipatan baju. Takpun korang terus aje gantungkan baju dalam almari selepas kering...lagi jimat masa.  Cara ni perlukan ruang lebih untuk menggantung hanger.  Boleh guna ruang terbuka untuk hanger baju-baju. Lebih sesuai kalau baju-baju yang kerap dipakai, jadi habuk tak sempat nak singgah.  

3. Alat Melipat Baju

Satu ketika dulu, viral penggunaan alat melipat baju ini.  Ada yang menggunakan kotak sahaja untuk menghasilkan alat tersebut.  Nampak mudah, budak-budak pun boleh buat.  Akak tak pernah cuba dengan alat ini tapi tak salah nak guna kalau betul ianya sangat membantu.

cara mudah lipat baju, urusan rumahtangga, cara yang membantu anda, lipat baju
gambar google


4. Gunakan bantuan anak-anak

Masa mana yang sesuai untuk ajak anak-anak bersama melipat baju? Akak biasa gunakan masa menonton tv. Sambil tengok tv, sambil lipat baju. Tau-tau dah habis sebakul.  Masa ni juga mudah nak gunakan khidmat anak-anak, tak kiralah si kakak ataupun adik.  Masing-masing lipat baju sendiri. Biasanya waktu malam selepas makan. Sambil melipat sambil menonton sambil bersembang.  Memang tak rasa masa berlalu, tahu-tahu dah habis sebakul baju.  

5. Cari mood sambil dengar muzik

Satu lagi cara yang akak rasa berkesan ialah melipat baju sambil mendengar muzik.  Tambah-tambah bila mulut ikut sama dengan alunan muzik yang kedengaran.  Tak sedar dah siap lipatan pakaian yang bertimbun.

Cukuplah 5 tips yang akak kongsikan dengan korang.  Musim pendemik ni mahu atau tidak kenalah ajar anak-anak membantu mana-mana kerja rumah yang mudah. Harap-harap sedikit sebanyak membantu.  

17 Comments

  1. Boleh guna cara ni nanti. Selalu kalau balik Pahang, mashaAllah bajuu. Hhahaha! Nani ni pun sejenis yang tak suka sangat melipat kain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila semua anak ada di rumah, memang baju tak tahu nak habaq la bertimbun

      Delete
  2. kite pun jenis x rajin nak lipat baju ni tp terpaksa rajinkan diri sebab kebanyakkan baju mmg kene lipat esp baju keje incek hubby. Baju keje or baju jalan kite xpe la sbb blh iron jer...kite punye tips pun lbh kurang sama camtu...cam basuh tola..tola jer se-beg ikea tu..pastu baju keje kite pun asing2 dengan baju keje incek hubby,...time nak lipat plak, kite akan lipat sikit2 dlm bilik baju..so xde ler bosan ngadap baju tu jer berjam2...x rajin nak nengok baju x berlipat banyak2 tapi lagi stress kalo tak lipat..so sikit2 camtu jer la solutionnyer..dah siap lipat, incek hubby yg akan susun2 atas rak..hehehe

    ReplyDelete
  3. miza suka cara no 4 tu. Tapi kena sabar banyak sebab anak-anak miza masih kanak-kanak ribena

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...ajar mereka daripada kecil, lama-lama kemaslah lipatannya

      Delete
  4. melipat ni mmg leceh kan, tp ngn adanya tips ini melipat jadi mudah, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. paling cepat kalau ada pelipat baju tu. jadi ralit tengok2 dah siap lipat baju yg menggunung

    ReplyDelete
  7. mendengar radio sambil melipat pun best sesambil fefeeling dengar lagu cintan cintun dedulu hehe

    ReplyDelete
  8. Nak lipat baju kena ada mood yang sesui . .kalau datang mood sesuai tu trus je bangun capai raga baju bertimbun2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga. Kalau tak kena mood, bertimbunlah baju tak berlipat.

      Delete
  9. kalau sy lipat kain, sampai sejam 😂 cerewet, laki lipat x kemas pon sy diam2 p lipat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaa....samalah. Diam-diam betulkan balik lipatan.

      Delete