Sesi Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

Thursday, January 11, 2018

Selesai sudah semalam sesi pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 di semua sekolah-sekolah berasrama penuh.  Awal-awal tahun ni memang urusan lebih kepada persekolahan anak-anak.  Semalam amira dah bergelar pelajar sekolah menengah SBP. Kawan-kawan dah seminggu awal masuk sekolah, budak-budak sbp baru nak mula diorentasi.

Masa abang irfan, keterujaan terasa sangat sebab semuanya kali pertama.  Nak berpisah dengan anak pun kali pertama, feeling dia lain macam sikit.  Kali ni dah ada pengalaman, dah prepare lebih awal untuk diri sendiri dan anak pun dan bersedia, jadi taklah sedih sangat.  Dah tau macamana nak handle.  Lagipun dah biasa dengan sekolah sebab sebelum ni abang irfan bersekolah di sini.  

pendaftaran SBP, pengalaman sekolah menengah, masuk tingkatan 1
Sesi pertama - taklimat bersama ibu bapa.  Gambar ihsan sekolah

Seronok tengok wajah-wajah anak-anak yang baru nak mengenal alam persekolahan menengah.  Semuanya patuh sahaja pada arahan walaupun dalam hati pelbagai rasa yang ada, nak berpisah dengan keluarga, nak menguruskan sendiri keperluan diri, nak tinggal bersama-sama dengan orang-orang yang tidak dikenali dan macam-macam lagi.  

Kelebihan bersekolah di asrama penuh ni pada akak ada banyak.  Antaranya yang paling penting mengajar anak-anak berdikari.  Tahun pertama memanglah nampak berserabut sedikit terutama anak-anak yang biasa semuanya disediakan oleh ibu bapa.  Lama-lama nanti okay lah.  Korang akan nampak perbezaannya nanti.  Selain itu, korang tak perlu nak fikirkan masa belajar anak-anak, memang semuanya dah tersusun cantik.  Ikutlah proses yang telah disediakan.

pendaftaran SBP, pengalaman sekolah menengah, masuk tingkatan 1
Anak-anak pengawas awal-awal dah bersiap-sedia menyambut kedatangan adik-adik baru mereka.  Perancangan yang teratur menjadikan proses pendaftaran lebih terurus. Tahniah ! (gambar ihsan sekolah)

Bila dah tinggal beramai-ramai, pasti ada segelintir yang agak nakal sedikit berbanding dengan yang lain.  Peranan ibu bapa juga menegur dan menerima teguran sekiranya ada laporan daripada guru yang sampai.  

Sambil mendengar penerangan sambil berselfie dulu.  Tapi tak banyak pun gambar yang diambil, sibuk mengisi pelbagai jenis borang, beratur membeli keperluan dan seterusnya mendaftar di asrama.  

pendaftaran SBP, pengalaman sekolah menengah, masuk tingkatan 1
Sesi pembayaran dan belian barang di koperasi sementara yang disediakn di tempat yang lebih luas dan selesa.  Semua keperluan telah di pack elok jadi parent perlu bayar dan ambil barang. (gambar ihsan sekolah)


pendaftaran SBP, pengalaman sekolah menengah, masuk tingkatan 1
Bye-bye kak cik. Belajar rajin-rajin!


Harap amira boleh cepat menyesuaikan diri bersama rakan-rakan baru.  Bertambah jumlah kawan-kawan yang ada.  Ibu ayah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dunia akhirat.  Lepas ni sebulan pulaklah boleh berjumpa.  Selamat menjalani bulan orentasi.

You Might Also Like

5 comments

  1. Harap anak boleh adapt dengan suasana baru sekolah menengah tu

    ReplyDelete
  2. Baguslah.. Aiman dulu pun asal SBP gak, tapi dua tahun jelah. Tingkatan 4 dan 5. Sebelum tu, asrama harian sejak darjah 4 sampai tingkatan 3. Alhamdulillah, memang mengajar untuk berdikari pun. Alhamdulillah suasana belajar kat SBP ni banyak la bezanya dengan asrama harian dulu dan peluang nak sambung belajar ke IPT pun lagi luas :)

    ReplyDelete
  3. tahniah kak cik. dah jadi pelajar SBP :)

    ReplyDelete
  4. tahniah kak cik...muka sama macam mamanya :)

    ReplyDelete
  5. wah, mengimbau kenangan betul.Hari ni genap 21 tahun sejak jejak kaki ke asrama penuh. InshaAllah, moga dapat banyak manfaat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook