Rebut Peluang Bercuti Dengan Menyertai Traveloka Fly And Win CNY Challenge

Wednesday, January 24, 2018

Rebut Peluang Bercuti Dengan Menyertai Traveloka Fly And Win CNY Challenge

Bila masuk tahun baru maka akan tersenarailah aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun.  Mesti dalam senarai korang tidak akan terkecuali program bercuti-cuti.  Macam akak ni, anak-anak semua dah bersekolah, ada yang dekat ada yang  jauh, jadi peluang bercuti bersama keluarga memang kami nanti-nantikan.  Biasanya akaklah yang akan jadi planner, en hubby approver dan anak-anak follower je la.

Tahun ni kalau nak bercuti kena rancang awal-awal terutama dari segi peruntukan budget.  Kalau besar, bolehlah jauh sikit, kalau tak banyak, kita jalan dekat-dekat aje.  Bila dah ada destinasi, akak akan cari cara yang paling mudah dan cepat untuk urusan menempah penginapan dan pengangkutan sekiranya perlu.  Tapi yang paling utama ialah penginapan mesti ada kolam.  Kalau ada kolam mudahlah nak buat bahan memujuk anak-anak terutama si kecil dzakwan.

Destinasi Percutian Impian

Nak bercuti pun kena ada angan-angan.  Bila ada angan-angan tak mustahil akan  jadi nyata. Asalkan kena berusahalah ke arah itu.   Tahun 2018 ni akak memang berazam untuk memperbanyakkan tabung hasil blogging dan kerja-kerja online yang akak buat masa cuti.  Nanti kalau tak cukup bolehlah top up dengan simpanan sendiri.  Kena mula daripada awal.  Antara destinasi percutian impian yang termasuk dalam senarai angan-angan akak ialah percutian keluarga ke mana-mana kepulauan yang cantik.  Antaranya seperti Phuket, Langkawi dan Tioman. Kita ambil yang dekat-dekat dulu, ahli keluarga ramai takut tabung tak cukup.

Traveloka Memudahkan Urusan Percutian Anda

Kalau tengok pada destinasi impian akak ni, akak kenalah survey harga penginapan dahulu manakala pengangkutan lebih kepada kenderaan sendiri. Di laman web ada pelbagai laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan  tempahan hotel dengan pelbagai harga. 

Kenapa Traveloka?

Ada juga rakan-rakan yang bertanya, kenapa akak suka guna Traveloka?  Akak suka gunakan apps Traveloka sebab biasanya Traveloka menawarkan harga yang lebih menarik daripada yang lain.  Urusannya juga mudah.  Kadang-kadang ada promosi yang rugi kalau dilepaskan.

Selain itu, harga yang dipaparkan tiada caj terselindung jadi memudahkan kita untuk buat budget perjalanan.  Nak bayar pun mudah. Ada pelbagai rangkaian bank yang membolehkan korang buat transaksi pembayaran dengan cepat.  Dijamin selamat.


family gateaway, family holiday, cuti-cuti, contest percutian,traveloka


Promosi semasa selalu dipaparkan di bahagian hadapan laman sesawang Traveloka.


family gateaway, family holiday, cuti-cuti, contest percutian,traveloka


Pilih sahaja cara pembayaran mana yang memudahkan korang.  Semuanya mudah. Pergi 7-Eleven pun korang boleh buat pembayaran perkhidmatan Traveloka.


Jom Join Traveloka Fly And Win CNY Challenge

Hujung minggu baru ni dalam asyik membelek laman sesawang Traveloka, ternampak pulak  CNY 2018 Contest . Hadiahnya menarik sungguh !! Penginapan dan pengangkutan tajaan Traveloka ke Seoul, Phuket dan Langkawi.  Fuhhhh... antara destinasi impian akak tu.  Terus laju-laju baca apa yang menarik tentang contest ini.  Kena baca betul-betul ni, mana tahukan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia....siapa pun tak tahu.  Alang-alang akak baca, akak share kat sini dengan korang yang lain.  


family gateaway, family holiday, cuti-cuti, contest percutian,traveloka


Menarikkan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Rugi kalau tak join challenge ni. Kalau korang nak tau contest ini bermula pada 22 Januari 2018 sehingga lah 28 Februari 2018.  Lama tu lebih kurang sebulan juga masa yang korang ada untuk turut serta.

Cara Permainan

Bila korang dah bersedia untuk join contest ni, korang perlu log masuk ke link contest Traveloka Fly And Win CNY Challenge dan ikut langkah-langkah yang diberi.


family gateaway, family holiday, cuti-cuti, contest percutian,traveloka


1. Mula-mula korang tap anak panah ke tanda START
2. Tap sekali lagi di skrin untuk membolehkan kapal terbang korang bergerak dan bolehlah mula bermain
3. Pastikan kapal terbang korang berada di tengah –tengah perjalanan sambil tu kenalah elak daripada terlanggar halangan yang ada dan juga kena kumpul sebanyak mana ang pow yang ada sepanjang perjalanan.  


family gateaway, family holiday, cuti-cuti, contest percutian,traveloka



Ni jumlah score akak pertama kali mengendalikan kapal terbang untuk contest ini.  Seronok pulak ! Masa masih panjang, boleh cuba lagi kumpul Traveloka ang pow. Tak puashati boleh buat semula.


Syarat Kelayakan Penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, menetap di Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas pada Januari 2018.
2. Bagi yang berumur bawah 18 tahun, perlulah mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
3. Peserta perlu setkan akaun Facebook kepada public untuk menghantar penyertaan.
4. Dah penajanya Traveloka, jadi kenalah follow Fan Page Traveloka Malaysia terlebih dahulu.
5. Permainan Traveloka Fly & Win CNY hanya melalui URL yang diberi dan sebelum mulakan permainan jangan lupa register dahulu.
6. Sehari korang boleh kongsikan penyertaan sebanyak 5 kali.  Boleh replay 5 kali tau sehari.  Biasanya lepas 2,3 kali markah korang mesti jadi lagi banyak. 
7. Hanya 3 penyertaan dengan markah tertinggi akan dapat Grand Prizes.

Syarat-syarat selebihnya korang boleh tengok sendiri kat term & condition contest ni.


Hadiah Utama Traveloka Fly & Win CNY Challenge

Tiga hadiah utama yang menarik disediakan untuk korang yang tidak mahu lepaskan peluang ini.

a) Grand Prize – percutian 6 hari 5 malam di Seoul (penerbangan dan penginapan sahaja untuk 2 orang)
b) 1st Runner Up – percutian 5 hari 4 malam di Phuket (penerbangan dan penginapan sahaja untuk 2 orang)
c) 2nd Runner Up – percutian ke Langkawi (penerbangan dan penginapan sahaja untuk 2 orang)
d) Selain itu, disediakan juga voucher Traveloka bernilai RM1000 setiap satu untuk 2 orang pemenang bertuah.

Pemilihan pemenang ada tertakluk kepada terma dan syarat contest dan keputusan adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan. 

Jangan lepaskan peluang menarik ini.  Contest ni macam bermain permainan computer sahaja.  Sambil-sambil rehat  tengok tv pun korang boleh join.  Jom kita serbu laman sesawang TRAVELOKA 

You Might Also Like

5 comments

  1. Zumal nak try juga la, harap menang voucher pun jadi laa. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Lebih sikit Dari mama.. mama 40 je dpt

    ReplyDelete
  3. Nak join jugak ni nanti. Mana tahu ada rezeki nak menang. Hehehe :)

    ReplyDelete
  4. CT givap nak main ni kak.. markah dok cemtu je hahaha..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook