Operasi Hujung Minggu

Monday, January 29, 2018

Hujung minggu adalah masa yang selalu akak tunggukan. Masa untuk merehatkan diri daripada memikirkan kerja-kerja di pejabat.  Masa untuk beri lebih tumpuan pada anak-anak dan aktiviti mereka.

Hujung minggu juga masa untuk memikirkan menu sepanjang minggu berikutnya.  Biasanya malam sabtu atau awal pagi sabtu adalah masa yang akak gunakan untuk restok bahan-bahan mentah di rumah.  Samada beli stok di pasar malam atau ke pasar pagi dan diikuti dengan penambahan sayur-sayuran yang biasanya akak beli di kedai borong.  Bila anak-anak dah besar, dan dengan keadaan ekonomi sekarang, menyediakan makanan di rumah adalah pilihan yang lebih tepat untuk kami sekeluarga.  Tak perlu sediakan menu yang berat, cukup sekadar dapat memenuhi selera kami.


restok bahan mentah, stok seminggu, ikan murah


Ni sebahagian stok untuk minggu hadapan.  Nant kalau sempat, akan tambah sedikit-sedikit di pertengahan minggu. Minggu ni dapat berjimat lebih sedikir sebab waktu sampai di pasar malam, ikan-ikan dah tak banyak.  Kebetulan di tempat yang akak dan en hubby selalu berbelanja, ada lagi beberapa jenis ikan yang belum terjual.  Melihatkan kami, terus peniaga tu bagi harga borong saja.  Rezeki kami la nampaknya malam tu.  Hanya RM33 untuk kesemua tu. Moga murah rezeki mereka.

Misi seterusnya restok bahan-bahan kering pula.  Lepas siap semuanya, perancangan menu sepanjang minggu.  Korang kalau ada masakan-masakan simple dan menarik, sharelah, boleh akak terjah blog korang cari idea.

You Might Also Like

5 comments

  1. cikyan suka la shopping ikan ikan camnih... rasa seronok ja.. tak tau pasai pa.. hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. rajinya siap kan untuk seminggu. miza boleh cuba cara ne lah. betul makan kat rumah lagi jimat

    ReplyDelete
  3. SA baru pindah rumah sewa baru dan bercadang nak beli bahan- bahan basah utk buat bekal pergi kerja..tapi dengan fridge yang kecil ( satu pintu) SA tak boleh nak beli banyak..beli sedikit aje sebab berkongsi fridge kan...

    ReplyDelete
  4. betul.. untuk big fam CT rasa solution masak adalah yang terbaik. CT ngan mak tinggal berdua saja jadi bila masak tak reti nak masak sikit. ended up membazir tapi x hadap juga makan luar hari2. kadang2 nasi ngan telur goreng garing n kicap pun daaa sedap =D

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua yang meninggalkan komen...nanti akak terjah satu-satu ye.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook