Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Tuesday, January 09, 2018

Selamat tengahari semua! Musim sekolah ni, akak sampai awallah ke pejabat. Bila sampai awal, macam-macam boleh buat terutama update dan balas komen di blog.  Masuk minggu ke dua sekolah ni, akak masih lagi kekal momentum menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah sambil-sambil akak pun tapaw sama untuk sarapan.  Jimat duit belanja, boleh simpan tabung.

Bukan nak sembang pasal sekolah tapi nak sembang pasal sikap kita sebagai pengguna jalanraya.  Sejak kebanyakan tol menggunakan sistem bayaran automatik ni macam-macam gelagat pemandu yang boleh dilihat.  Kadang-kadang akak senyum sendiri dalam kereta.

Pagi tadi, di lorong touch n go, ada satu kereta ni tak bergerak-gerak sampaikan lorong jadi que sebab kenderaan dah mula banyak. Mujur akak sempat bertukar lane ke lane sebelah.  Masa akak sentuh kak TNG tu ternampaklah pemandu kereta tu sedang mencari-cari sesuatu dalam kereta nya.  Mesti mencari kad TNG entah di mana letaknya.  Aduhh...kesian kat yang lain-lain berbaris di belakang.  

tips elak kesesakan di laluan tol, tips pemanduan berhemah, pemanduan bijak
gambar daripada berita harian


Sebagai pengguna bijak, korang kenalah sentiasa bersedia bila memandu di laluan yang ada tol.  Tambah-tambah kalau hari-hari korang lalu laluan tu, bersedia daripada awal. Untuk mengelakkan korang dikecam sebagai pemandu yang mementingkan diri sendiri, akak share tips yang boleh korang gunakan bila melalui laluan bertol.

Tips Elak Kesesakan Laluan Tol


  1. Sediakan awal-awal kad di bahagian yang mudah korang capai.  Bak kata orang tu sediakan payung sebelum hujan.  
  2. Pastikan kad TNG ada nilai yang mencukupi.  Kalau korang tak pasti samada nilai yang ada cukup atau tidak, pastikan korang ikut laluan tambah nilai.  Tak kisah masa mana pun, kalau nilai cukup nanti korang jalan je, kalau tak cukup barulah boleh top up kalau masa korang lalu tu laluan tambah nilai dah tutup.
  3. Kalau ada dua kereta, pastikan setiap kereta ada satu kad.
  4. Kalau takde smart tag, janganlah saja-saja terikut lorong smart tag.
  5. Kalau tak nak beli kad TNG, guna sahaja kad pengenalan korang, kan boleh reload kat IC.
Kalau masing-masing ambil endah, mesti perjalanan akan jadi lebih lancar.  Peringatan pada diri sendiri juga sebab memang hari-hari lalu laluan bertol untuk ke tempat kerja. Jangan pentingkan diri sendiri, orang lain juga menggunakan laluan yang sama. Jadilah pengguna yang bijak merancang.

You Might Also Like

2 comments

  1. Marilah sama-sama menjadi pengguna lebuhraya yang bijak. Walaupun banyak papan tanda dah pacak, ramai juga yang tak reti nak baca, termasuklah papan elektronik canggih.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya dah tau nak guna hiway mesti sediakan apa yang patut supaya elakkan orang lain terseret sama dalam kesesakan

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook