Baru sempat nak throw back cerita cuti sekolah lepas.  Lama kan!

Cuti sekolah hujung tahun lepas akak tak ke manapun.  Sekadar menghabiskan masa di rumah dan menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak yang serba baru.  Masing-masing pun tak berapa sihat, jadi rehat di rumah sahaja.

Sebaik lepas irfan tamat SPM, keluarga abang akak datang ke rumah setelah agak lama juga tak sampai ke utara ni.  Riuh anak-anak terima kunjungan sepupu-sepupu mereka, macam dah lama sangat tak jumpa.  Masing-masing dah plan nak buat apa.  Mak ayah ni pun dah plan jugak macam-macam nak buat.

Gunung Jerai Selepas Hujan


Salah satu tempat yang kami terjah ialah Gunung Jerai.  Sayangnya masa kami ke sana, hari hujan lebat jadi tak dapatlah nak menikmati sangat pemandangan dari atas. Akak pun dah agak lama tak ke sana, rupanya dah banyak berubah.  Dalam perjalanan ke atas, kereta abang buat hal, temperature naik.  Kenalah cari tepat yang agak luas sedikit untuk berhentikan kenderaan.  Tak sangka pulak nak jadi ceritakan, sebelum ni okay je..terkejut kot di bawa memanjat gunung.  Kami berhenti dalam setengah jam juga sebelum hujan turun.  Mujur lepas tu okay.  Berpeluh jugaklah kami walaupun cuaca sejuk, risau kalau jadi apa-apa di kawasan jalan begitu.

Bila sampai di kawasan Jerai Hill Resort rupanya hanya kenderaan yang menghuni sahaja boleh parking sampai atas. Kalau dulu boleh parking kereta sampai ke kawasan penginapan walaupun korang tak bermalam di sana, tapi hari tu kami kena parking di luar kawasan resort. Terpaksalah menapak ke atas sedikit untuk lihat pemandangan dan menikmati suasana di atas Gunung Jerai. Alang-alang dah sampai, menapak pun menapaklah.

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

Tertarik dengan Royal Villa ni.  Cantik! Kesian kat kami tunggu tuan rumah tak nak buka pintu..hehehe

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai


Elok hujan gerimis, kami pun berjalan-jalanlah di kawasan Jerai Hill Resort.  Sejuk bukan main tapi seronok.  Bila anak-anak dah besar, kejap-kejap kena berhenti ambil gambar.  Dalam hujan pun boleh jadi jugak diaorang ni.


Ke Pulau Aman Mencari Makan


Sebelum balik, akak bawah family abang jalan-jalan cari makan ke Pulau Aman esoknya.  Pulau Aman antara tempat menarik yang boleh korang kunjungi jika ke Pulau Pinang terutama mereka yang suka mencuba masakan setempat.  Di sini popular dengan hasil laut yang ditangkap sendiri.  Pulau Aman tak lah besar mana, korang ronda sehari pun boleh.


percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai
Seronok anak-anak dapat naik bot. Bersembang tak berhenti.  Bot ni boleh memuatkan dalam lebih kurang 15 orang penumpang dalam satu-satu masa. Dua family kami je cukup dah untuk memulakan perjalanan.


Untuk sampai ke Pulau Aman korang perlu menaiki bot dari jeti Batu Musang di tanah besar.  Dengan bayaran tiket dewasa RM6.00 dan kanak-kanak RM4.00 (betulkan kalau tersilap, dah lama..ingat-ingat lupa dah) pergi balik. Masa perjalanan dalam 10 minit kalau tak silap akak. Kenderaan korang boleh parking di kawasan Jeti Batu Musang dengan bayaran RM2.00.  Kat mana Jeti Batu Musang ni? Akak share lokasi untuk rujukan korang.





Tujuan ke sini nak cari mee udang.  Biasa makan di tanah besar, kali ni kita cari di pulau pulak.  Tak banyak tempat makan pun ada dua lokasi je kalau tak silap akak, satu betul-betul di area korang turun bot dan satu lagi kena jalan sedikit.

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

Nasi goreng udang. Dulu udangnya saiz besar sikit.  Okaylah...nak rasakan

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

Akak makan mee goreng udang je.  Boleh tahan lah juga. Dah sampai kenalah rasa lain-lain menu.

percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai

Antara menu yang ada dan harganya. 


Bagi korang yang berminat meneroka alam sekitar, boleh juga mengambil chalet yang ada disediakan dengan sewa yang sangat berpatutan. Bolehlah explore lebih dekat apa yang menarik di sini.  Dalam perancangan juga nanti bawa anak-anak bermalam di Pulau Aman. Kaki pancing macam en hubby memang sukalah.


percutian keluarga, jalan-jalan pulau aman, jalan-jalan gunung jerai, pulau aman, gunung jerai


Seronok bila dapat berkumpul.  Tunggulah cuti-cuti lagi nanti boleh plan nak ke mana.  Tahun 2018 misinya nak meneroka pulau, tengoklah nanti pulau apa yang menjadi pilihan.

4 Comments

  1. hehe, cik timm xpernah sampai sana lagi wlaupun xlah jauh sgt kan, huhuk..

    ReplyDelete
  2. ehehe CT tengah dok karang entry Pulau Aman jugak. baru first time pegi few days ago ngeh2..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih singgah kat sini...nanti akak terjah blog korang.

    ReplyDelete