Adik Dah Sekolah

Saturday, January 06, 2018

Seminggu bermula sesi persekolahan 2018. Tahun ni complete dah anak-anak semua dah masuk sekolah.  Bermula semula pusingan 6 tahun lagi di sekolah rendah.  Seronok tengok kawan-kawan update kisah anak-anak di hari pertama masuk sekolah.  Macam-macam kerenah.  Tapi sangat jauh berbeza dengan zaman akak dan berbeza juga masa irfan masuk tahun 1 di sekolah kebangsaan.

Tips Anak Tak Buat Perangai Di Sekolah

Akak bukanlah pakar bab-bab ni. Sekadar berkongsi pengalaman.  Memandangkan kami parent yang bekerja jadi masa untuk meneman anak-anak di sekolah memang terhad.  Dapat teman sehari dua pun dah syukur sangat.  Kelebihan di Kedah, 1 Januari bukan public holiday jadi akak akan dapat lebihan sehari untuk memantau anak.


sesi persekolahan, hari pertama di sekolah, hari pertama di sekolah 2018, hari pertama di sekolah kebangsaan, gelagat anak-anak
Hari pertama di sekolah.  Ramai juga parents yang datang menghantar anak-anak.  Akak tengok dari kejauhan je.  Biarlah guru-guru yang uruskan mereka.

Walaupun kebanyakan anak-anak ini memang dah diajar dan terbiasa dengan suasana sekolah di tadika tapi ada juga yang akan tunjuk perangai bila masuk tahun 1.  Mujurlah juga Dzakwan tak buat drama pagi-pagi tapi siap pesan ibu tunggulah dulu sekejap sebelum balik.  Hari pertama akak tunggu juga sampai masuk kelas, datang menjengah masa rehat. Hari kedua akak hantar pagi sahaja dan biarkan dia masuk kelas sendiri.  Hari ketiga pun sama. Walaupun  dzakwan pesan jugak suruh tunggu sekejap.  Bila dah dia berjalan ke kelas, akak pun bergerak la ke tempat kerja.

sesi persekolahan, hari pertama di sekolah, hari pertama di sekolah 2018, hari pertama di sekolah kebangsaan, gelagat anak-anak
Semasa hari orentasi seminggu sebelum sesi persekolahan bermua.  Okay..nampak senang nak dak dapat kawan baru.

Kesian jugak bila tengok ada parent yang menunggu anak-anak sampai balik sebab tak mahu anak-anak menangis atau tercari-cari masa di kantin.

Korang boleh cuba tips ni :

1. Semasa dalam perjalanan ke sekolah, korang bersembanglah dengan anak sambil bercerita. Cerita yang seronok-seronok je supaya anak rasa seronok. Mula-mula mesti korang hantar kan. Kalau gunakan van atau bas sekolah, dapatkan anak kawan yang sebaya supaya mereka lebih yakin.

2. Bila hantar anak-anak, korang kena yakin anak-anak berada dalam keadaan selamat sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan sekolah.  Korang kena yakin dulu baru korang tak terfikir yang bukan-bukan.  In sha Allah, cikgu-cikgu akan menjaga anak-anak korang dengan baik.

3. Hari-hari awal anak mula sekolah, korang kena punctual dengan janji.  Kalau korang janji ambil jam 1 petang maka cuba sampai sebelum jam 1. 


Biarkan dan tanamkan rasa seronok belajar di sekolah pada minggu-minggu awal supaya ianya menjadi rutin pada anak-anak.  Bila dah biasa dengan rutin ini, mudahlah kita nak menguruskan mereka.  Jadikan juga kebiasaan untuk menyemak beg sekolah anak setiap hari.  Dzakwan, dia yang akan hulurkan beg sekolah sebelum akak minta.  Lagi mudah jadinya kerja akak.


sesi persekolahan, hari pertama di sekolah, hari pertama di sekolah 2018, hari pertama di sekolah kebangsaan, gelagat anak-anak
Hari pertama makan di kantin sekolah.  Minggu ni makanan dah siap-siap disediakan.  Nak bagi biasa dulu sebelum anak-anak ini mula beratur membeli.  Mujur dzakwan anak yang mudah berkawan, jadi hari pertama dah ada kawan makan bersama.  Anak-anak ni mudah nak sesuaikan diri dengan kawan sebaya. Mulakan dengan `hai' je pun dah cukup untuk memulakan perbualan.

Dua minggu awal di sekolah dzakwan diadakan minggu transisi.  Anak-anak diperkenalkan dengan lokasi-lokasi yang ada di sekolah dan macam-macam lagi.  Selain itu, anak - anak ini juga diajar cara berbelanja di kantin.  Cikgu sentiasa ada membantu.  Seronok akak bila tengok anak-anak gembira.  Yang penting keinginan mereka ke sekolah. 

Sekolah dzakwan adalah salah satu sekolah yang akan menjalankan kelas DLP (Dual Language Program). Di mana anak-anak akan belajar subjek sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.  Back to previous way nampaknya!  Kena buat latihan lebih lagilah ni untuk memahirkan diri anak-anak semula.  Kita mulakan daripada awal. Mula-mula susah tapi nanti lama-lama semuanya akan jadi mudah.  

Harap-harap janganlah kerap sangat berubah sistem pendidikan negara kita ni.  Bukan setakat anak-anak yang pening nanti, ibu bapa pun turut sama merasa kesannya.

You Might Also Like

2 comments

  1. wah....happy dzakwan sekolah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang happy sangat dapat ramai kawan baru, cikgu baru...baju baru...semua serba baru.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook