Kali ini biar akak share dengan korang resepi yang paling mudah nak disediakan.  Sandwich Chicken LeftOver nama diberi.  Nama biar gah, yang penting mudah dan sedap.

Korang ingat lagi entry ayam panggang yang pernah akak upkan di sini.  Haaa....kalau korang tak habis makan, jangan susah hati sebab lebihan ayam itu korang boleh hasilkan sandwich yang cukup sedap.  Tambahan sedikit lagi bahan lain dan pasti anak-anak tersenyum riang sebab perut yang lapar bakal diisi.

Sandwich Chicken LeftOver


Kalau tiada lebihan ayam panggangpun tak apa. Boleh panggang sendiri atau beli yang dah siap panggang.  Kuantiti bergantung kepada banyak mana sandwich yang korang nak hasilkan. Isi ayam tu, carik-carikkan tak perlu halus sangat.


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang

Bahan tambahan lain yang boleh ditambah adalah tomato, salad, mustard dan mayonis.  Boleh juga potong-potongkan cili padi atau cili merah, baru rasa pedas-pedas sedikit.  Tapi yang ni akak tak masukkan cili sebab nanti ada yang sibuk dok kais buang. Satu lagi korang jangan sekali-kali lupakan roti.  Tak bermakna sandwich tanpa roti.

Bukannya susah nak buat sandwich ni.  Ayam yang dah dicarik-carik tadi gaulkan dengan mayonis.  Sukatan ikutlah citarasa masing-masing. Ada yang suka lebih mayonis, ada yang biasa-biasa saja.  Sapu sedikit mayonis atas kepingan roti, boleh juga sapukan butter atau mentega.  Akak guna yang mana ada kat rumah sahaja.  

Lepas tu bolehlah susunkan ayam, potongan tomato dan salad.  Letakkan sedikit sos mustard dan kapit dengan sekeping roti lagi.


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang

Dah siap semua, potong-potongkan saiz lebih kecil supaya senang nak ngap.  Potongan begini juga memudahkan masuk dalam bekas bekalan anak-anak ke sekolah.  Mudah kan!  Sebuku roti gardenia panjang tu boleh habis kalau buat begini.  Kalau tak nak habiskan sebuku yang pendek tu punya lah susah.  Kena kreatif lah kalau nak anak-anak seronok makan.

Selain daripada sandwich ayam leftover ni, boleh juga buat sandwich telur, sardin dan macam-macam lagi, asalkan korang rajin.

Jomlah cuba!







15 Comments

  1. mmg betul, syaratnya kena buang sikap m dan tambah sikap r, anak kenyang hati ibu pun senang kerana makanan pasti berkhasiat dan bersih serta halal...

    ReplyDelete
  2. Ehh that's a great idea! Setiap kali tak habiskan ayam, simpan saja esok makan. Ini idea best!

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this simple sandwich recipe. I love making sandwiches but mine are large pieces, cos no kids. LOL

    ReplyDelete
  4. looks so yummy and easy to make. yeah my son like to eat chicken sandwich and also egg sandwich. School also ban some unhealthy fast food now.

    ReplyDelete
  5. Thats so creative. Love such simple recipes and also saving that food is the upside too!

    ReplyDelete
  6. simple mcm ni la yg sedap pun, hihi..

    ReplyDelete
  7. Chicken sandwich is my favorite. I'm going to try making this for my family. I know they like a good tasty sandwich. Thanks for the recipe!

    ReplyDelete
  8. Resepi mudah dan pasti sangat sedap. Sebelum INI buat menggunakan tuna sahaja. Terima kasih dengan perkongsian resepi INI.

    ReplyDelete
  9. Oh This Sandwich Chicken LeftOver looks so yummy and easy to prepare. Thanks for the recipe, Will definitely try this.

    ReplyDelete
  10. Lazat sgt Dan sihat sandwich ni

    ReplyDelete
  11. That sandwich looks so good! Good that your leftover didn't go to waste.

    ReplyDelete
  12. looks good.. should submit it to the leftover food challenge makeover....

    ReplyDelete
  13. ermm sedapnya boleh try nanti sandwish ayam yer

    ReplyDelete
  14. adoii terliurrrr tgk.. hihi.. x pernah try lg guna ayam ni..biasa telur dgn sardin jer selalu buat..or tuna..hihi

    ReplyDelete