Hari cuti adalah hari yang ditunggu oleh kebanyakan yang bergelar pekerja terutama golongan wanita termasuklah akak.  Bila tiba hari Jumaat memang perasaan seronok sangat dan mulalah memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan selain daripada aktiviti rutin.  Setiap hujung minggu selepas dapat gaji, akak akan selitkan satu aktiviti menghias rumah untuk akak lakukan bersama dengan keluarga.  Menghias rumah ni salah satu cara nak kurangkan stress tau.  

Apa yang korang tumpukan bila mengusun atur atau menghias rumah korang?  Akak suka tumpukan pada hiasan luaran dan dalaman yang simple dan mudah diubah-ubah bila mahukan kelainan.  Sekarang ni akak dan en hubby sedang tumpukan pada hiasan luaran rumah kami yang tak seberapa.  Dah hampir 18 tahun di rumah yang sama, baru dua kali buat perubahan dan disebabkan kekangan masa dah makin banyak pula barang tidak perlu yang kena dialih atau dibuangkan.  Kena buat sikit-sikit sambil-sambil tu bolehlah cari-cari bahan ganti yang sesuai.

Idea Menghias Rumah Tampak Ringkas dan Menarik

Dalam banyak sudut dan ruang serta peralatan, ada beberapa yang menarik minat akak untuk tambah dan buat perubahan sedikit supaya lebih kelihatan ringkas dan menarik mata memandang.

Kerusi  Taman dan Buaian

Yang ni memang menjadi idaman akak sejak berpindah ke sini. Kerusi taman dah dapat beberapa tahun lepas tetapi nak kena ubah mengikut kesesuaian perletakan kawasan yang ada sekarang ini.  Buaian bulat ala-ala tergantung di pokok memang menjadi minat kami sekeluarga.  Cantikkan bila diletak di ruang depan rumah sebagai hiasan rumah bahagian luar.  Bolehlah rehat-rehat minum petang sambil bersembang anak beranak. 


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Gambar google


Wall Paper

Untuk bahagian dalaman akak tertarik untuk memasang wall paper di beberapa bahagian rumah iaitu di ruang tamu dan dalam bilik anak-anak.  Kena pandai pilih wall paper yang sesuai dengan warna rumah.  Penggunaan wall paper bukan sahaja mencantikkan ruang kosong malah boleh menjadi bahan hiasan rumah yang simple, tak perlu letak pelbagai bingkai atau frame dinding untuk mengurangkan penampakan dinding yang kosong.

idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah

idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Gambar google


Untuk bahagian bilik anak pulak, corak-corak yang ceria pasti menjadi pilihan. Akak beri kebebasan untuk anak-anak memilih, asalkan mengikut budget ibu ayah.  Anak-anak dah remaja, selera mereka tak sama dengan anak-anak kecil.


Karpet Dan Alas Kaki 

Karpet dan alas kaki ni memang perlu di setiap rumah.  Bila letak karpet dan alas kaki rumah nampak kemas dan menarik taklah kosong sahaja.  Terdapat banyak pilihan karpet dan alas kaki yang korang boleh fikirkan, akak suka yang simple dan mudah di basuh.  


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit :rumahminimalisok.com


Langsir 

Satu lagi hiasan rumah yang memang akak tak pernah lupa untuk tukar ialah langsir.  Akak suka guna kain langsir yang jarang-jarang dan boleh nampak ke luar dari dalam rumah.   Langsir ni kalau nak tukar satu rumah memang makan budget yang akak besar juga.  Apa yang akak buat biasanya ialah menukar sedikit sedikit mulakan bahagian ruang tamu kemudian bilik utama dan seterus yang lain-lain.  Akak tak suka beli langsir yang dah siap jahit. Akak akan jahit sendiri mengikut kesesuaian pattern yang dipilih bersama keluarga.  


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit langsir.com.my



Cermin 

Yang terakhir dalam senarai ubah hiasan rumah akak ialah penambahan cermin.  Bila ada cermin senang nak bersiap tambahan anak-anak dara yang dah makin besar dan pandai berhias diri.  Pagi hari selalu berebut nak tengok cermin besar, al maklum dalam bilik masing-masing hanya ada cermin kecil untuk tengok muka sahaja.  Sekarang ni kena tambah yang besar dan tempat paling sesuai akak akan letak di bahagian ruang tamu dan luar bilik. Tak perlu rebut-rebut lagi.  Cermin pun ada pelbagai bentuk dan akak suka cermin berbentuk empat segi.  Penggunaan cermin juga boleh menampakkan ruang rumah lebih luas.   Almari pakaian berpintu cermin pula menjadi idaman dalam hiasan rumah yang akan datang.  Kena kumpul budget dulu.


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit iecurtainglory.blogspot.com


Banyak lagi kalau nak dikira barang-barang rumah yang menarik.  Kalau nak disenaraikan memang panjang.  Sekarang ni tumpukan pada yang penting-penting dahulu untuk mengganti dan sebagai tambahan pada yang sedia ada.  Bila dah berusia ni lebih menjurus kepada  hiasan simple dan minimalis.  

Jom hias rumah!

26 Comments

  1. Wahh bagusnya kak azi. Kc kat rumah takde cermin panjang mcm tu kat ruang tamu. Just ada cermin attach dengan almari pakaian hehehe

    ReplyDelete
  2. Rasa semangat berkobar-kobar nak deco rumah bila baca entri kak Zie... Mmg dah ada niat nak hias rumah cuma masa tak mengizinkan lg.... Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ni buat bertambah-tambah tak sabar nak rumah sendiri. Nak deco memacam. Hehehhee

    ReplyDelete
  4. SA idamkan rumah atas tanah yang ada laman...boleh buat simple fountain dan garden yang indah untuk mak abah SA berehat..ada gazebo...bela ikan kap jepun skit..alahai...banyak nya idaman..SA beli rumah landed tapi takde tanah lebih...

    ReplyDelete
  5. best tips ni...jom hias rumah sekarang hehehe

    ReplyDelete
  6. nisa pun suka google idea idea hias bilik atau rumah

    ReplyDelete
  7. Hiasan yang ringkas dan minimalis lebih menarik dan nampak kemas.. sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
  8. Selalunya kita berfikir… kalau nak rumah cantik, perabot dan barang – barangnya mestilah mahal-mahal, barulah ada klas. Tapi cuba try surf internet, ia pasti la boleh merubah minda dan pandangan kita. Benda-benda murah, kalau kena cara dekorasinya sebenarnya ianya mampu memberikan kesan dan persepsi yang berbeza. Cuma kena la tau caranya. Antaranya adalah dengan teknik ‘mix-match’, susun atur semula perabut serta barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad.

    ReplyDelete
  9. Idea nak deko ni selalu je ada. Tapi ongkos takda. Hahaha. Nak beli langsir pun mahal betul. Maka balik kampung dan beli dan jahit. Jimat! Kemudian cermin. Lagi besar lagi mahal. Aduh mahal sungguh. Hahaha

    ReplyDelete
  10. kadang simple tu lagi nampak menarik.. tp tula nak buat 5s atau EKSA kat umah punyalah payah sebab semua barang macam sayang nak buang .. semuanya ada sentimental value memasing.. hahahaa..

    ReplyDelete
  11. good idea bila lah nak dapat hias rumah sendiri macam ne

    ReplyDelete
  12. Sy rs pling penting ialah lngsir. 😀 lngsir klau cantik mesti rumah pun rasa sejukk jee

    ReplyDelete
  13. Good ideas...
    Nnt boleh guna pkai semua info yg akk kasik ni utk hias rumah

    ReplyDelete
  14. Tips2 yang sangat bagus untuk kemas umah. Marsha suka yang simple dan kemas. Tq kak azi sharing 😘😘

    ReplyDelete
  15. Wahh.. cantik2 betul ni. bagi idea sungguhla. tapi rumah kita banyak barang. sayang nak buang buku-buku masa belajar dulu. nanti dah beli rumah sendiri boleh hias ikut idea ni.

    ReplyDelete
  16. Kita pun tengah plan untuk hiasa rumah ni dan setakat ni memang beli barang perabot dan kelengkapan rumah secara online ok lah nice idea ni..

    ReplyDelete
  17. Suka juga idea hiasan rumah yang simple dan menarik. sebab tak suka nampak padat penuh dengan perabot. suka ruang nampak lebih luas lagi.

    ReplyDelete
  18. Cantik cantik design ruang tamu ni. kalau ada rumah sendiri, dah la deco cecomel ni hehe

    ReplyDelete
  19. Terbaik kak azi.
    Nak rumah nampak lawa tak semestinya bajet kena besar. Asalkan kita tahu konsep.

    ReplyDelete
  20. Kalau rumah cantik tenang je hati kita tengok kan, betul kak nk mencantikkan buat yg penting2 dulu sikit2 lama2 settle la semua hihi

    ReplyDelete
  21. Suka betul tgok rumah yg ada taman, tapi umah sis tak ada taman...so hias dalam rumah je lah kan. Memang teringin nak hias rumah cantik2..tapi kena ikut budget, kdg2 yg murah pun boleh nampak cantik...:D

    ReplyDelete
  22. Seronok deko deko nih tapi nak buat kat rumah sewa jadi kurang semangat la..kalau kat rumah sendiri barulah best..hehe

    ReplyDelete
  23. Teringin nak rumah ada taman tapi tangan Rawlins panas haha. Pastu nak letak bebanyak cermin, ada sejenis ketakutan sebab banyak tengok citer hantu. Hahaha. Tapi good tips.

    ReplyDelete
  24. Ya suka idea deko minimalist. Tidak serabut dan nampak kemas walaupun simple.

    ReplyDelete
  25. Saya suka deko yang minimalist. Tidak nampak serabut mata dan kemas.

    ReplyDelete
  26. dulu masa duk umah sewa, semangat giler nak mendeko..bila dah duduk umah sendiri, baru pindah...semangat tu ada tp agak terbantut..sbb duit byk abis reno keperluan utk mula2 masuk dulu...kene penuhkan balik tabung tu..heheh

    ReplyDelete