Permohonan Online Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 Dibuka

Monday, October 16, 2017

Permohonan Online Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 Dibuka, sekolah berasrama penuh, permohonan 2018, SBP


Bermula 16 Oktober sehingga 19 November 2018, pada korang yang ada anak, adik, anak sedara, anak jiran-jiran yang mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dan berminat untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bolehlah mula memohon.

Akak baru sahaja submit permohonan kemasukan MRSM amira dan afiah.  Lepas ni bolehlah mohon untuk SBP pulak.  Harap-harap keputusan peperiksaan mereka nanti membolehkan mereka meneruskan pelajaran di mana-mana sekolah berasrama penuh.
  

Kenapa Memohon Ke Sekolah Berasrama

Mungkin ada yang tak mahu anak-anak ke sekolah berasrama. Tapi pada akak dan en hubby, kami lebih suka sekiranya anak-anak dapat masuk ke sekolah yang berasrama sepenuhnya.  Lebih mudah untuk anak-anak menyusun aktiviti pembelajaran dan kurang pengaruh luar.  Mula-mula memanglah perasaan bercampur baur sebab anak tak berada di depan mata kita.  Mula-mula sahaja.  Tapi sebagai ibu dan ayah kenalah pandai sorok -sorok rasa sedih tambah-tambah bila dengan anak-anak.  Kena sentiasa memberi semangat dan motivasi.  

Sekiranya ada peluang biarlah mereka belajar di tempat yang lebih baik.  Abang Irfan pun akan  tamat persekolahannya tak lama lagi.  Cepat pulak masa berlalu.  Tahu-tahu dah 5 tahun abang irfan di asrama. Harap-harap adik-adik boleh sambung legasi abangnya nanti.

Permohonan Ke Tingkatan Satu 2018 SBP

Pada yang berminat, bolehlah mengisi permohonan secara online. 
Layari PERMOHONAN SBP


You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum wrmbth

    Apa khabar sis Azi

    Semoga semuanya lancar hari isnin ni

    Ibu bapa yang ada anak nak masuk form 1 boleh cuba

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook