Jumaat Yang Barakah

Friday, October 06, 2017

Kejutan di pagi Jumaat.  Sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, menerima panggilan daripada nombor yang tiada dalam simpanan. Siapa?

Oh...kak long rupanya.  Dah sampai di Penang. Kejutan sebab memang tak tahu pun dia nak ke utara.  Ada urusan si suami sambil-sambil ambil kesempatan berjumpa adik dia ni dan sedara mara sebelah abang ipar.  Memang terkejut jugak lah. Laju-laju bersiap ke tempat kerja sebab nak jumpa sambil minum pagi walaupun sekejap cuma.

motivasi, motivasi pagi jumaat, kehidupan indah, positifkan diri
kredit : google

Seronok tengok kak long sekarang. Perjalanan orang pencen katanya.  Menikmati dan menghargai sisa masa yang ada bersama orang-orang yang disayangi kelilingnya.   Yang penting katanya kena positifkan fikiran selalu.  Abaikan unsur-unsur negatif yang singgah.  Dengan menghargai apa yang kita ada, akan menjadikan perjalanan hidup kita semakin indah.

Pertemuan sebentar cuma tapi memberi makna yang sangat bererti buat akak ni.  Maklumlah dah `tercampak' jauh mencari rezeki di utara ni, bila sesekali dapat berjumpa memang akak appreciate sangat-sangat !

You Might Also Like

1 comments

  1. Unplanned punya pertemuan ni memang best walaupun sekejap aje :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook