Seminggu lebih lagi menjelang peperiksaan PT3 yang akan bermula pada 9hb sehingga 12 hb Oktober ini nanti. Kali ini debaran pada si kakak. Amira dah selesai cuma menunggu keputusannya sahaja.  Kesian jugak tengokkan anak-anak ni  siang malam dengan kertas soalan, memerah otak.  Moga kejayaan milik korang nanti.  

Bila dah makin hampir dengan exam ni, eloklah tambahkan lagi kekerapan menjawap soalan-soalan percubaan yang lepas. Sekurang-kurangnya boleh mahirkan lagi dengan konsep soalan dan pembahagian masa untuk menjawap.  Soalan exam sekarang memang tak sama macam dulu. Tengok soalan anak-anak pun mak dah garu kepala, belum menjawap lagi.

Himpunan Contoh Soalan Peperiksaan Percubaan PT3

Pada yang mencari-cari contoh soalan percubaan PT3, mai akak kongsikan link-linknya.  Boleh juga bagi anak-anak cuba buat dan semak jawapan mereka.  Inilah kerjaan akak akhir-akhir ni, print soalan dan jawapan bagi kakak buat.  Lepas tu semak sama-sama kalau berkesempatan.  


Pecutan Akhir Sebelum Exam - Contoh Soalan Percubaan PT3







Moga membantu pada yang ada calon PT3 di kalangan ahli keluarga.  

Selamat Menjalani Peperiksaan !

4 Comments

  1. Selamat berjaya kepada anak anak sekarang

    Mangsa sistem pendidikan yang caca merba

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga mereka kuat dan bersemangat untuk terus berjaya

      Delete
  2. Selamat menempuh PT3 buat si kakak. Semoga dipermudahkan menjawab soalan dan semoga kejayaan menjadi milik dia. InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete