Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress

Tuesday, September 26, 2017

Kebelakangan ni memang agak banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Macam-macam nak kena fikir daripada celik mata bangun tidur sampai lena balik sebelah malamnya.  Tidur pun kadang-kadang tak berapa nak lena.  Bospun asyik tanya performance tiap-tiap hari. Ingatkan masa dok buat sales aje dulu kena update performance setiap hari tapi bekerja kat back end pun ada target nak kena capai.  Kadang-kadang boleh mengeluh letih aje la kat en hubby.  Mujur jugaklah en hubby rajin nak dengar omelan akak ni.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


Kesan Stress

Terbaca satu artikel tentang menangani stress.  Stress ni tak bagus tau.  Terlalu banyak stress atau tekanan akan menyebabkan sistem kesihatan kita terganggu.  Antara kesan bila korang stress :

  • Hilang mood atau mood tak menentu
  • Tidur terganggu
  • Gangguan pada fungsi kardiovascular
  • Penuaan
  • Keletihan otak 
  • Kurang tumpuan
  • Gangguan fungsi seksual
Kebanyakan orang akan melalui fasa stress yang berbeza-beza.  Yang penting kita kena tau bagaimana untuk menangani stress dan mengawalnya.  Korang tau tak, ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan stress.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stess

Akak share dengan korang beberapa jenis makanan yang korang boleh dapat dengan mudah dan boleh membantu mengawal stress korang.

1. Dark Chocolate
`Dark Chocolate' dikatakan kaya dengan koko dan ianya mempunyai kesan melegakan tekanan.  Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan dark chocolate mampu mengurangkan stress. Lepas ni kena ada stok dark chocolate kat rumah.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress



2. Kiwi, oren,  nanas dan buah beri 
Buah-buahan ini kaya dengan sumber vitamin C.  Vitamin C juga dikatakan boleh mengekang kadar stress disamping meningkatkan sistem badan.


Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


3. Bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau
 Sayuran-sayuran ini juga merupakan sumber vitamin B yang sangat baik (contohnya, B2, B6, Folat), dan membantu mengurangkan kadar tekanan .


Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


4. Kekacang
Kekacang seperti badam, kacang, biji labu, biji bunga matahari adalah antara sumber magnesium dan zink yang  baik dan penting untuk mengawal tindak balas tekanan badan. Mengunyah dikatakan perilaku yang berkesan untuk mengatasi tekanan.  Ni salah satu stok makanan yang akan akak tambah kuantitinya di rumah. 





Semua ni senang nak dapat dan boleh buat stok.  Satu lagi yang akak selalu suka buat bila stress ialah tengok cerita lawak, sembang lawak-lawak dengan kawan-kawan.  Bila lepas solat bacalah Al Quran walaupun sebaris ayat. Memang lega....

You Might Also Like

23 comments

  1. I WANT THEM ALL! huwaaa stress gakkk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha....ketawa pun boleh hilangkan stress tau sis

      Delete
  2. Makanan yang kaya dengan khasiat dan banyak vitamin serta asid lemak omega 3 memang bagus untuk kawal stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kena pandai kawal stress sekarng ni

      Delete
    2. bagus info.Tapi kena makan berpada coklat tu.Silap2 boleh jd diabetes pulak..

      Delete
  3. okay semuanya memang boleh makan. lately kerap stress, jadi nak makan benda benda nilah hehe

    ReplyDelete
  4. Betul . CCL kalau hilang stress bila bekerja kunyah jer dark chocolate tak pun cadbury .. tapi CCL lebih suka dark chocolate ...rasa pahit2 manis sikit

    ReplyDelete
  5. MAkain hari kehidupan kita makin banyak stres kan. Faktor memilih makaanan pun sgt penting. Setuju dengan akk !

    ReplyDelete
  6. Semua tu SA makan kak Azi...tapi jadi lagi stress bila berat badan naik plak...hahahaha...SA kan kak..kalau stress memang makn..makan..makan je kerja SA

    ReplyDelete
  7. Coklat memang feveret pon. Kalau dapat semua makanan yang boleh hilangkan stress tu bagus jugak kan. Buat standby. Kalau stress boleh terus makan ☺

    ReplyDelete
  8. Dark chocolate tu mmg feveret.. lg2 kalo ada mint..mmg release stress mkn tu..hihi

    ReplyDelete
  9. Amik vitamin b complex pun boleh reduce stress tau...
    Apa pun kdg2 bila stress sgt mmg tdur pun terganggu..apapun take care ye

    ReplyDelete
  10. Kalau dalam keadaan STRESS memang akan kacau dan affect kualiti hidup dan kesihatan. Kena ambil langkah untuk elak depresi. Semua bahan2 tu senang nak dapat. Bolehlah cuba makan untuk stabilkan emosi.

    ReplyDelete
  11. buah kekacang sayut wajin ada disetipa rumah. Kalau bershopping pasti beli buah lebih dari 3 jenis. wajib ada kiwi gold green mangga tembikai. kkeacang plak mesti walnut.. we love walnut.. gd foe brain n memory..tq dear for sharing

    ReplyDelete
  12. Semua makanan kat atas tu saya makan sebab tu hidup kurang stress kot hehehe yang paling suka ada coklat hadap hari-hari pun tak apa tapi masalah lain lak nanti hehehe obes...

    ReplyDelete
  13. Stress memang x dapat lari kehidupan seharian. Makanan sihat dan sesuai dengan stress sangat digalakkan. Mana tahu makan dark chocolate dapat lupa stress sebentar.

    ReplyDelete
  14. Stess memang tak bagus untuk kesihatan kita, boleh dapat berbagai penyakit. Antara penyakit akibat stress adalah penyakit jantung iaitu penyakit yg boleh membawa maut. Sebab tu lah kita kena pandai utk kawal stress kita

    ReplyDelete
  15. Coklat emmang berkesan kat Annur kalau nak kurangkan stres. Annur selalu pilih coklat dalam bentuk aiskrim atau iceblended.. Memang legaaa. Tapi dengan syarat, kena makan sorang-sorang, kat kedai~ hahaha

    ReplyDelete
  16. Kita kalau stress, selongkar peti ais cari coklat... tp kalau stress sampai tekanan darah naik... selongkar peti ais juga, tapi cari ubat hahahaha

    ReplyDelete
  17. Food always my distress solution. Whenever I feel stress, I will take chocolate.

    ReplyDelete
  18. Jika stress makan coklat dan kacang banyak-banyak.Bestnya. Tapi perlu senaman dan aktif untuk kekal sihat. Dan sentiasa berdoa.

    ReplyDelete
  19. betul... that's why I suka chocolate

    ReplyDelete
  20. Thanks for the information. I need more chocolate in my life coz its very stressful at work nowadays.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook