Bila Cuti Dia Bersemangat Nak Pergi Sekolah
Negeri Kedah cuti hari ni sempena kemangkatan sultan. Terkejut jugak masa terima berita sebab tak dengar pulak baginda sakit. Mujur juga anak-anak yang sedang menjalani UPSR tetap meneruskan exam. Kalau cuti memang terganggu juga mood exam. Akak memang kalau boleh biar terus exam hari-hari sampai habis. Sekali hadap, sekali fikir. Lepas tu rehat tunggu result.
Si kecil ni pulak bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah. Cikgu pesan suruh bawah baju putih seluar gelap untuk sesi fotografi graduasi Smart Reader tahun ni. Balik sekolah dah berkali-kali ingatkan selagi tak beli. Maka semalam petang ke kedai le kami. Belikan sepasang dulu, so nanti hujung tahun tak kalut nak beli baju sekolah kebangsaan. Oh ! Anak ibu dah nak masuk darjah satu.
Bila dah lengkap dengan uniform sekolah, baru perasan yang anak akak ni dah besar. Biasa mungkin anak bungsu sentiasa jadi nampak kecil. Sunyilah tahun depan bila dia dah sekolah.
14 Comments
amboih.. memang nampak bersemanagt nak ke sekolah pun gayanya.. heee..
ReplyDeleteCepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..
Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..
http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html
alaaa...tak sempat join GA
DeleteCantik selipar dia... :)
ReplyDeletehahaha....
DeleteWahhh adik comel suka ke sekolah yer. kiki
ReplyDeletesemangat nak gi sekolah...dapat ramai kawan katanya
DeleteHamboi excited dia nak p sekolah ye. hehehhehe ensem boy
ReplyDeletehehehe.....
DeleteNanti ana pun akan merasa sunyi bila syafi ke sek. Sekejap je nanti masa berjalan kan kak.
ReplyDeletebetul tu....masa kecil2 ni spend masa dengan anak2 puas2....
Deletesemangat la dia....
ReplyDeletebudak-budak gitulah
DeleteTapi bila bersekolah tak sabar nak cuti kan azi
ReplyDeleteBesar dah anak azi kan?
bila anak-anak sekolah, mak ayah pun tertunggu-tunggu jugak cuti sekolah. Alhamdulillah besar-besar dah semuanya.
Delete