Makan Durian Di Balik Pulau

Friday, August 11, 2017

Durian Balik Pulau

Sebut pasal durian dah terasa-terasa nak makan durian pulak.  Kalau di Pulau Pinang tempat yang paling popular tentang durian ni tentulah di Balik Pulau.  Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak merasai keenakan durian Balik Pulau.  

Samalah dengan kami, bila tiba musim durian, cari juga masa sehari untuk ke Balik Pulau mencari durian.  Musim kali ni dapat jemputan pulan makan pulut durian di sana.  Memang pucuk di cita ulam mendatanglah.  


durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah



Minggu lepas dapat jemputan group PIBG sekolah abang irfan untuk turut serta dalam program jalan-jalan cari makan ke Balik Pulau.  Bila tau agenda utama nak makan durian dan laksa, akak dan hubby angkat tanganlah tanda setuju untuk turut serta.  Tambahan pula hujung minggu lepas tinggal kami berempat sahaja di rumah, amira ada kem pecut UPSR dan abang irfan di asrama.  Kalau tak ramai di rumah memang kurang kerajinan nak memasak. 

Pulut Durian Dan Laksa

Satu lagi menariknya di Penang ni ialah laksanya.  Memang sedap! Nak rasa yang betul-betul best kena tunggu geng-geng senior jati Pulau Pinang yang masak, baru  ada umphhh kata orang.  Dua tarikan ni buatkan kami tak sabar-sabar nak pergi.  


durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah


Tempat tujuan adalah di rumah salah seorang daripada anggota pibg sekolah.  Memang best geng ni. Semua sepakat dalam apa juga aktiviti yang dirancang.  Tambahan pula dapat sokongan padu daripada guru-guru sekolah.  Sesekali beraktiviti dengan mereka ni memang meriah.  Macam-macam perangai yang keluar, maklumlah bukan  gen Y lagi.  

durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah




Makan dan sembang tak berhenti.  Macam-macam cerita keluar.  Anak-anak pun seronok dapat jumpa kawan-kawan baru. Sepinggan pulut durian dan semangkuk laksa ..hhmmm..kenyang.

Cafe Ibrahim Satay King, Teluk Kumbar

Ingatkan setakat tu sahaja. Rupanya ada lagi acara sebelum bergerak pulang.  Makan satay di Cafe Ibrahim Satay King di Teluk Kumbar.  Menarik jugak satay di sini.  Selain daripada makan satay, korang juga boleh  makan pelbagai jenis masakan panas-panas.  Memandangkan kami dah  agak kenyang, satay pun dah memadai.  Lain kali boleh singgah lagi.


durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah

Sign board dari jauh dah nampak.  

durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah


durian balik pulau, laksa penang, aktiviti keluarga, aktiviti sekolah


Pada yang berminat, akak sharekan lokasi satay king.



You Might Also Like

12 comments

  1. Seronoknya.. banyak acara makan makan >.<

    ReplyDelete
  2. lama dah tak makan durian. kedai satay tu In Shaa Allah akan cuba hehe

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/kebaikan-keburukan-pembelian-online.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali jumpa durian memang tak boleh lepaskan peluang

      Delete
  3. sedapnyer, kat umah ni pun ada durian..byk sgt ingt nk buat kek..yummeh, haha

    ReplyDelete
  4. Malam malam baca entry durian dan satay buat rasa lapar pulak

    ReplyDelete
  5. Sedapnya durian mkn dgn pulut.... nakkkkk

    ReplyDelete
  6. Baru semalam makan durian yang di bawa dari Balik Pulau. Puas hati sebab isi banyak dan tebal.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook