Jalan-jalan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah

Tuesday, August 08, 2017

Hujung minggu baru ni memang bersusun aktiviti akak sekeluarga bermula daripada hari Jumaat.  Bila ada aktiviti, bolehlah jadi bahan nak update entry.  Bolehlah pujuk-pujuk en hubby meronda sana sini sebab semuanya melibatkan anak-anak.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Rasanya sejak akak tinggal di Kedah ni, inilah pertama kali akak merajinkan diri menjejak kaki.  Tambah-tambah program ni taklah jauh sangat daripada tempat tinggal.  Rugi pulak rasanya kalau tak turut serta melawat Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ni.  Macam-macam program ada dan pelbagai gerai pameran dan jualan yang berkisar tentang peladang, penternak dan nelayan ada di situ.  Berlangsung bermula daripada 3 hingga 6 Ogos 2017 yang lepas di Dataran Kulim.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan


Yang teruja nak tengok binatang dah tentulah adik wan dan en hubby.  Kami yang gegirl ni kurang sikit, lebih suka mencari lokasi menarik untuk selfie.  Haha...perempuan kata ayahnya!  Dua kali akak singkat kat sini. Pertamanya sebelah malam hari pertama dirasmikan.  Asalnya singgah makan di kedai berdekatan, dah terlanjur tengok orang tak berapa ramai lagi, kami pun singgahlah.  Tak lama sebab hari nak hujan tapi sempat jugaklah mengusik spesis-spesis binatang kat situ.

Esoknya singgah lagi.  Kali ni kami bertiga saja, akak, en hubby dan dik wan.  Panas tak usah cakap la tapi seronok.  Orang pun tak berapa ramai di bahagian pameran binatang, lebih ramai tertumpu di gerai jualan pokok dan hasil tani.  Lokasi tak berapa jauh tapi nak kena seberang jalan besar.  Okay je kalau larat nak berjalan.

Kali kedua singgah ni nak menunaikan hajat dik wan nak naik kuda.  Bila anak minta, en hubby sebolehnya kalau kena masa dan jenis permintaan memang akan cuba tunaikan.  Sambil-sambil layan dik wan berkuda, bolehlah ayah tengok binatang lain yang ada.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Dah puas naik kuda hidup, bergambar pulak kat sini.  Puashati si kecik, senyum sepanjang jalan.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

En kambing ni bukan main sombong lagi. Bila panggil buat tak tau ja.  


Ni la kerja dua wira akak ni. Lepas satu-satu binatang di pegang, di telek.  Habis bau kambing, lembu, ayam semua melekat. 

aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Arnab pun ada. Pelbagai spesis ada. Satu ketika dulu pernah juga memelihara arnab ni. Tapi lepas tu bagi kat orang aje sebab tak larat nak menjaganya. Sekali beranak, 4-5 ekor dah tentu.

aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Pelbagai spesis ayam ada dipamerkan di sini. Yang ni memang kegemaran en hubby. Jenuh jugaklah tunggu depa berdua ni membelek spesis-spesis ayam yang ada.  Akak minat tengok ayam ni, sampai tak jumpa kepala. Jinak pulak tu. Hasilnya dapatlah seekor anak ayam piru untuk dipelihara kat rumah. Tak tahulah lama mana bertahan.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Di bahagian pameran buah-buahan dan hasil tani. Macam-macam ada. Sedapnya dapat minum air kelapa muda. Buah durian pun ada.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Tertarik dengan spesis rumpai kot yang diberi nama Azolla.  Kalau ada tempayan atau pasu besar bolehlah campakkan spesis ni. Nampak cantik tau.  En Hubby ambil kesempatan beli sedikit Azolla ni. Campak dalam pasu besar yang ada air, biarkan sahaja ia hidup.  Boleh jadikan makanan untuk itik - ianya kaya dengan sumber protein.


aktiviti keluarga, binatang peliharaan, hasil petani, penternak dan nelayan

Akhir sekali, singgah kat gerai satay ni. Nampak menarik tambahan pulak perut lapar.  Beli bungkus sahaja. Balik rumah, rebus ketupat segera dalam pressure cooker, siap untuk makan malam.  Sedap satay ni, kuah dia pun sedap.  Kata orang satay akan jadi lebih sedap kalau kuahnya sedap. Pada yang berdekatan dan berminat untuk cuba atau buat tempatan boleh contact info di bawah : 

Satay Kak Siti (pengasas sate semeling)
010-510 5905
017-403 4768

Ada macam-macam jenis sate yang disediakan. Antaranya satay ayam, daging, kambing. Juga menyediakan ayam golek dan ayam panggang.  Akak share sebab sedap...bukan buat promosi pun. 

Seronok juga sepanjang berkunjung ke program ini.  Kalau ada lagi tentu kami tidak akan lepaskan peluang.

*kredit pada kawan akak atas perkongsian beberapa gambar di sini















You Might Also Like

18 comments

  1. Ayam apa yg tak nampak kepala tu? :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan pulak namanya sebab ramai sangat yang suka kat dia

      Delete
  2. Rose pernah pergi juga. Tapi tak ingat tahun 2015 atau 2016 . Hihi. Ada share di blog..

    ReplyDelete
  3. encik suami dan anak-anak yang pergi... saya dok umah ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja jalan-jalan boleh gak jadi bahan nak update entry hahahha

      Delete
  4. tahun lepas buat kt alor setar..sempat la pegi.. tahun ni buat kt kulim. jauh pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat alor setar tak dapat la kami pi....he

      Delete
  5. Cute nya ayam tu.. stylish pula tu.. hahahahahaa.. :)

    ...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kalau dapat pergi jalan- jalan ekspo macam ni kak..lama dah SA x pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...tahun ni buat dekat pulak dengan rumah, rugi kalau tak ambil peluang

      Delete
  7. Seronoklah dapat rasai pengalaman menaiki kua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak macam tu la....semua nak dicubanya

      Delete
  8. Bestnya.. mama mmg suka tempat yg Ada binatang Dan buah2 mcm ni

    ReplyDelete
  9. timm pun pi jugak kak azi..hihi, dlm 3 kali jugak pi tgk, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kita ada berselisih bahu tak timm..hehe

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook