Hasil Seni Menarik Di Art Walk Butterworth

Monday, August 14, 2017

Sekarang ni banyak lokasi bangunan lama telah di Pulau Pinang yang telah dibaikpulih dengan lukisan-lukisan yang menarik.  Kalau sesiapa singgah di bandar Georgetown, memang boleh nampak pelbagai hasil seni menarik di dinding-dinding bangunan lama. Ini secara tidak langsung telah menarik ramai pengunjunga luar dan dalam negara mengabadikan kenangan di sini.

Art Walk Butterworth

Salah satu lokasi yang telah mula diserikan dengan hasil seni lukisan menarik ini ialah di Butterworth.  Berhampiran dengan Padang MPSP, Jalan Bagan Luar, terletaknya Art Walk Butterworth.  Tak jauh pun daripada ofis akak sebenarnya.  Boleh jalan kaki saja. Dulu laluan ini kosong tiada apa yang menarik tapi sekarang dah berubah.  Hasil seni cantik dan menarik telah terpamer di dinding-dinding bangunan kiri dan kanan.  Cantik!


Art Walk Butterworth, lokasi menarik di Pulau Pinang, tempat pelancongan di Pulau Pinang

Pengenalan ni di letakkan di lorong masuk ke Art Walk.  


Art Walk Butterworth, lokasi menarik di Pulau Pinang, tempat pelancongan di Pulau Pinang

Macam-macam idea kan kalau orang seni ni.  Kita tengok pun dah nampak menarik.  Rasanya masih dalam proses menambahkan lagi karya menarik di sini. 

Art Walk Butterworth, lokasi menarik di Pulau Pinang, tempat pelancongan di Pulau Pinang

Lukisan yang terhasil seperti satu cerita atau sejarah negeri ini sendiri.  Kisah jual beli. Kehadiran kapal-kapal pedagang suatu masa dahulu.


Art Walk Butterworth, lokasi menarik di Pulau Pinang, tempat pelancongan di Pulau Pinang

Lukisannya memang sangat menarik. Bolehlah posing-posing ala tengok kapal. Kelihatan blogger Cahaya Hayati di situ sama-sama dengan akak  berposing.


Art Walk Butterworth, lokasi menarik di Pulau Pinang, tempat pelancongan di Pulau Pinang


Kalau korang berkesempatan ke sini, jangan lupa ambil gambar kenangan banyak-banyak tau.  Hilang dah dinding yang tak berjaga, yang kelihatan kusam diganti dengan lakaran-lakaran indah ini. Kantoi la pas kerja dok tergantung..hahahaha...Eh bukan curi masa tau, ini masa lunch kami pi kedai makan memang lalu kat Art Walk ini.

Kalau korang nak singgah sini, boleh jer google maps cari Art Walk Butterworth.




You Might Also Like

3 comments

  1. sy pon hr tu sempat singgah. Cadangnya nk bw anak p kat minion sekali tgk ada lukisan lawa2 ni terus bgambar...gmbr ank je la. gmbr sndiri xde sapa nk tgkp...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..nanti ingat nak bawa anak-anak pulak. Banyak dah lokasi macam ni di Penang ni kan.

      Delete
  2. terimakasih cik azirah..blog dan komen. kami berbesar hati bagi pihak artist.
    datang lagi...sekarang setiap hari sabtu dan ahad 4-10pm kami adakan pasar seni..art market..bole rujuk di fb page kami - art market @ butterworth art walk

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook