Fish Fillet Goreng Bersos Cili

Wednesday, August 23, 2017

Bila tiba waktu lunch, akak mesti terfikir petang nanti nak masak apa untuk dinner. Symptom ibu-ibu bekerja agaknya yer.  Sekarang ni kurang sikit memikir sebab en hubby tolong fikir sama.  Untunglah badan kan!

Fillet Ikan

Korang suka makan isi ikan tak? Our family favorite tu kecuali dik wan.  Kalau en hubby pergi memancing tenggiri, biasanya sebahagian akan kami potong-potong ambil isinya sahaja.  En hubby suka buat fillet ikan.  Minggu lepas beli ikan sardin saiz besar sikit, en hubby potong-potongkan buang tulang semua, ambil isi sahaja.  Fillet ikan biasanya kami simpan sebagai stok dan guna bila dah tak tahu nak masak apa.  Apa masakan yang menarik gunakan fillet ikan ni? Mai akak kongsikan.

Fish Fillet Goreng Bersos Cili



fish fillet goreng bersos cili; fillet ikan, masakan mudah, masakan segera, khasiat ikan, makanan kegemaran anak




Fillet ikan -  ikutlah banyak mana yang korang nak masak
Tepung tempura
1 biji telur
Minyak menggoreng

*Pecah telur dan bancuh dengan tepung. Campurkan air sedikit supaya bancuhan tidak terlalu pekat. Macam korang nak goreng pisanglah. Lepas tu gaulkan dengan fillet ikan sampai semua fillet ikan bersalut dengan tepung.  Sambil tu boleh panaskan minyak. Bila minyak dah panas, bolehlah mula menggoreng sampai kuning keemasan. Dah siap ketepikan.

Sos Cili

6-7 tangkai cili kering, potong-potongkan dan buang biji cili
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih
2 - 3 batang cili merah dan hijau
2-3 biji cili padi

*semua bahan di atas korang kisar kasar ..tak payah halus sangat


Minyak gorengan fillet ikan tadi, tinggalkan sesenduk dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi sampai agak garing.  Masukkan sos cili, sos tomato, garam gula.  Gorengkan sampai sedikit garing.  Boleh juga masukkan sedikit kicap cair.  Akhirnya korang masukkan fillet ikan tadi dan gaul rata. Nak hilangkan bau ikan (kalau korang rasa berbaulah), perahkan sedikit limau nipis.

Dah siap. Hidang panas-panas makan begitu sahaja pun  boleh, nak makan dengan nasi pun boleh.
Sedap tau.  Tak percaya cuba buat.  Berebut-rebut anak-anak makan.

Lepas ni boleh buat stok banyak lagi untuk fillet ikan ni.

You Might Also Like

17 comments

  1. sedapnya.. makan dengan nasi panas2 wow

    ReplyDelete
  2. boleh try lepas ne. Tq share resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...cubalah. Ada anak-anak ni memang nak kena sentiasa cari idea supaya mereka cuba semua

      Delete
  3. makan panas panas sedap lah. kalau dah sejuk kurang

    Lagi pedas lagi terangkat makan ni

    ReplyDelete
  4. Terliur bila nampak.. belum lagi merasanya

    ReplyDelete
  5. Makan panas2 tentu sedap. Macam masakan restaurant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...ni lah salah satu cara nak bagi anak-anak makan ikan

      Delete
  6. Replies
    1. cubalah SA....sesuai untuk ikan yang tak banyak tulang..ambil isinya

      Delete
  7. waduh waduhhh nampak sangat mengancam di tengahari niiii hahahaha

    ReplyDelete
  8. sedapnya! rajin eh potong2 ikan buat fillet..
    tapi ikan besar2 aje yg boleh buat eh?

    ReplyDelete
  9. suka je makan ikan.. infact sbenarnya suka makan ikan dari ayam..
    tapi memilih cara masak hehe.. sedap ni. tak pun makan macam sweet sour tu.. ala2 masakan cine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...saya pun suka makan ikan lebih daripada ayam. Tu yang cuba nak terapkan kat anak-anak ni

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook