Diam tak diam, tahun ni adalah tahun terakhir penglibatan kami dengan aktiviti SRK (Smart Reader Kids).  Tahun depan adik wan akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan sebenar.  Macam manalah agaknya nanti.

Kenapa Pilih Smart Reader Kids

Setelah hampir 13 tahun akak terlibat dengan SRK ni since irfan berusia 4 tahun.  Fuhh....punya setiakan! Yup....SRK yang sama.  Kenapa pilih Smart Reader Kids? Akak suka dengan konsep pembelajarannya.  Ternampaka banyak improvement pada anak-anak dari masa ke semasa.  Paling ketara untuk adik wan nilah.  Daripada tak suka ke sekolah, tak mahu buat homework sampailah ibu ayah tak perlu suruh banyak kali untuk siapkan kerja sekolahnya.  Sangat-sangat berbeza. 

Ingat lagi masa awal nak buat pilihan pra sekolah untuk irfan..banyak tempat yang kami pergi, maklumlah anak pertama masa tu, nak yang kalau boleh biarlah yang terbaik.  Selepas pilih SRK, kami tak pandang yang lain dah. Perubahan pada anak-anak buat kami decide biarlah kami setia dengan SRK.

SRK, smart reader kids, aktiviti anak-anak, family day

Mak ajak anak selfie.  Kawan-kawan join sekali.  Sangat ko dik yang belakang tu, kena bangun awal pagi kot..hehee


Family day terakhir bersama SRK.  Seronok tengok anak happy bermain dengan kawan-kawan dan guru-guru.  Akak jadi tukang sorak ja la. Tak larat dah nak berlari keliling dewan. Tenaga anak-anak tak sama dengan tenaga 4 series akak ni.  


SRK, smart reader kids, aktiviti anak-anak, family day

Family day ni lebih kepada aktiviti permainan.  Buat dalam dewan so tak lah panas sangat. Yang pasti mak ayah memang ramai yang datang support. Kadang-kadang mak ayah yang over beri sokongan, anak-anak yang join rileks je.





SRK, smart reader kids, aktiviti anak-anak, family day

Dah habis..tunggu dapat hadiah pulak.  Dik wan rumah biru.  Balik rumah dia tanya kenapa tak bagi dia rumah kuning sebab rumah kuning menang.  Hehe..tapi hadiah sama ja. Nama pun budak-budak...excited bukan main lagi. Dapat 3rd prize pun ok sangat dah tu dik.


Tunggu hujung tahun pulak untuk hari graduation.  Nanti boleh dah susun complete gambar anak-anak graduate SRK. Sekejap je kan...pantas sungguh masa berlalu...

12 Comments

  1. Macam best je Smart Reader Kids ni.. Sebagai persediaan anak untuk melangkah ke alam persekolahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tanya akak, memang recomended lah. Kena survey tempat lain dan buat comparison.

      Delete
  2. Seronoknya join family day...nak nak kalau sporting memang best la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kena sama-sama sporting baru meriah

      Delete
  3. alahai....comel je. 3rd prize pun takpe. janji participate ;)

    ReplyDelete
  4. Alahai tulis mulia je muka budak2 ni. Mesti satu juga ye nx year Naik tahun 1 dh X jumpa kwn2 Dan Cikgu tadika dH

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...bila masuk djh 1 masing-masing dah sekolah tempat lain-lain. Sesekali bila terjumpa dah malu-malu sebab dah besar..

      Delete
  5. Happy graduation day adik wan. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak graduate lagi ..tunggu hujung tahun...thanks auntie

      Delete