Bila Mak Korang Rajin

Saturday, August 26, 2017

Bila mak korang rajin memang macam-macam menu boleh buat.  Cuti sekolah pun dah mula. Biasana bila cuti sekolah memang stok makanan perlu top up lebih daripada biasa.  

Kuih Keria

Minggu je saja dah 3 kali akak dok buat kuih keria ni.  Asalnya nak menghabiskan ubi keledek dekat rumah saja.  Tak sangka pulak MIL suka makan. Sekali hidang 15 ketul selesai MIL ngan hubby makan.  Kenalah tambah lagi.  Selang 3 hari en hubby beli lagi stok keledek. Kalau dah ada stok keledek kat rumah, memang fahamlah nak kena buat apa. Sekali lagilah akak menguli buat keria.


resepi kuih, kuih keria,keria antarabangsa, resepi mudah, menu keluarga


Orang utara panggil cucoq keria.  Orang Melaka terkenal dengan keria antarabangsanya.  Akak buat biasa-biasa aje.  Nak buat ala-ala keria antarabangsa tapi kat rumah ni tak berapa gemar keria salut gula melaka.  Kenalah ikut selera semasa. Kita guna gula pasir aje. 

Tak susah pun nak membuatnya, janji mau rajin.  Resepi akak pernah share dulu.  Kalau nak cuba silalah, jangan malu-malu.

You Might Also Like

18 comments

  1. Kuih eria fula putih ni memang dah jadi kesukaan saya dari dulu

    sebelum viral versi gula merah melaka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kenal versi gula putih ni masa belajar di utara ni satu ketika dahulu...terus suka

      Delete
  2. betul. janji rajin. tak rajin tak guna gak kan. heeeee..
    comel je kejadiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila rajin memang macam-macam kejadian..tapi bila malas....masya Allah...hehe

      Delete
  3. Cucuq keria cara orang utara Memang terbaik.
    Gambar cantik.

    ReplyDelete
  4. kueh fevret kita gak hehe.. memang skali makan laju ngap tak sedar apa..
    yang antarabangsa tu x pernah rasa gi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. antarabangsa guna gula merah/gula melaka. agak manis sikit..tp kalau suruh saya pilih, saya lebih cenderong memilih gula putih

      Delete
  5. Alahai sedoppppp nyerrr.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul kejadian kuih keria tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ...bila selalu buat, hasil lebih baik..

      Delete
  7. ehem...ehem...nampak gaya nya kena cari keledek lah lepas ni ;)

    ReplyDelete
  8. Masa bulan puasa hari tu pernah try buat kuih ni. Laku jual kat Bazaar Ramadhan. hehehe.. Saya singgah dan follow sini tau...
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan bila buat habis...alhamdulillah moga murah rezeki.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook