Seni Kraf Yang Menarik Untuk DiCuba

Wednesday, July 26, 2017

Beberapa hari lepas, masa tengah skrol timeline facebook, ternampak gambar-gambar menarik hasil seni anyaman.  Boleh akak katakan anyaman la kot. Korang pernah tak terjebak dengan kerja seni ni?


seni kraf, anyaman, gaya hidup remaja
gambar ambil di fb : credit to owner


Ni kategori seni jugaklah kan. Bukan semua orang mampu membuatnya.  Satu ketika dulu di zaman remaja waktu sekolah menengah, akak pun terjebak jugak menghasilkan anyaman benang menjadi gelang ni. Suka sangat tengok corak yang terhasil. Lepas tu macam jadi satu trend pulak pakai jadi gelang. Masa di sekolah pakai elok-elok nampak kemas je di tangan.  Ada pulak set yang dibuat untuk pakai ketika jalan-jalan.  Macam-macam kan?

Seni Yang Makin Ditinggalkan

Dulu seni anyaman ni memang popular di kalangan orang-orang kampung yang membuat tikar mengkuang. Korang tau tak tikar mengkuang?  Akak suka guna tikar mengkuang ni tapi dah takde koleksi kat rumah. Dulu arwah nenek memang pakar buat tikar ni.  Bila ke rumah nenek suka sangat mengacau. 

seni kraf, anyaman, gaya hidup remaja
gambar ambil di fb : credit to owner


Ingat tak kat sekolah, cikgu suruh anyam kertas warna menjadi tikar kecil.  Macam-macam warna dipadankan untuk nampak cantik.  Bila ada kesempatan layan juga anak-anak hasilkan seni kraftangan yang mudah-mudah.  

Kalau korang berminat nak cuba, bolehlah tengok tutorial ini.  Mudah je.  Selain jadi gelang di tangan, boleh juga jadikan cenderahati pada kawan-kawan.


seni kraf, anyaman, gaya hidup remaja
gambar ambil di fb : credit to owner

seni kraf, anyaman, gaya hidup remaja
gambar ambil di fb : credit to owner

You Might Also Like

10 comments

  1. Bestnya masa anyam kertas warna warni masa sek dulu kak. Bangga sgt masa menjadi anyaman tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ana. Sekarang ni pun kadang-kadang dok ajak anak2 buat anyaman kertas warna ni.

      Delete
  2. nampak cantik tp sure complicated nak buat dan kena focus kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula je complicated, lepas tu senang je nak buatnye

      Delete
  3. https://messarah.blogspot.my/2017/07/baru-sem-1.html

    ReplyDelete
  4. Dulu zaman sekolah rajin jugak miza buat dah tua ne habis lupa semua. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....kena try balik mesti ingat

      Delete
  5. Kalau minat buat ni boleh buat bisnes ni. Cantik

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook