Peraduan Pelekat Kereta SEMANGATKU


Tak lama lagi suka SEA akan berlangsung di ibunegara. Bangga Malaysia terpilih sebagai tuanrumah. Mesti meriahkan nanti dengan pelbagai acara sukan dan aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan.  Sekarang ni pun dah terasa kemeriahannya antaranya acara larian obor dari negeri ke negeri.  Sayangnya akak tak bersempatan  join larian obor semasa diadakan di Penang. 


Peraduan Pelekat Kereta SEMANGATKU


Tunjukkan Tanda Sokongan Anda

Sebagai rakyat Malaysia, ada pelbagai cara kita boleh tunjukkan sokongan kita.  Jom korang semua sertai Peraduan Pelekat Kereta SEMANGATKU sebagai tanda sokongan kepada atlet-atlet  negara yang akan berjuang di kejohanan ini nanti.   Peraduan ini bermula dari 1 hingga 31 Ogos 2017.  Mana tahu korang berpeluang memenangi hadiah menarik sebagai  tanda kenangan kejohanan sukan SEA.

Bagaimana Untuk Turut Serta

Mudah sangat. Korang ikut step ni, mana tahu rezeki korang kan.

Langkah 1 – Dapatkan pelekat kereta SEMANGATKU dari TMPoint, laluan tambah nilai  terpilih di plaza tol lebuhraya PLUS atau Pasukan Ronda Radio Astro.

Langkah 2 – Pamerkan pelekat kereta SEMANGATKU dan dengar hitz.fm, ERA fm dan MYFM untuk butiran lanjut.

Langkah 3 – Menangi jersi eksklusif Team Malaysia dan tiket ke KL2017 jika kereta  anda terpilih!


Mudahkan! Untuk pastikan korang berpeluang untuk dipilih, dengar radio ERA TM, Hitz FM dan MyFM untuk mengetahui lokasi-lokasi `Skuad Team Malaysia’ berada.   Dapat t-shirt pun menarik jugak . Kami panggil t-shirt rimau. Terma dan syarat lanjut, korang boleh tengok dekat SEMANGATKU


Peraduan Pelekat Kereta SEMANGATKU



Akak dah dapat pelekat kereta SEMANGATKU ni. Nanti boleh lekatkan kat kereta. Aura anak rimau menyokong pasukan negera. Go Go Team Malaysia !

11 Comments