Bulan raya, kita cerita pasal raya dululah ye.

Korang suka makan kuih raya tak? Korang suka buat kuih raya?
Akak ni bukan kategori yang suka buat kuih raya dan makan pun ala-ala gitu.  Taklah sampai beriya-iya sangat bila jumpa.  Tahun ni, koleksi kuih raya memang tak berapa nak ada.  Beli pun sekadar 1 jenis sahaja. Kenapa eh? Sebab kami tak beraya di rumah sendiri, belipun yang betul-betul suka. Buat pun yang mudah-mudah.

Sapa yang kawan dengan akak kat fb mesti tau apa kuih raya yang akak ada.  Tak lain dan tak bukan yang pertama tentunya kuih samperit. Kat kampung akak di Melaka nun ada juga yang panggil kuih dahlia. Samperit ni akak beli dengan member kat ofis. Sedap rasanya. Sebalang budak-budak ni kerjakan.  Mak dia merasalah beberapa ketul.  Bila dah jumpa yang sedap, nanti repeat beli kat orang yang sama je la.


kuih raya sedap, kuih raya diminati, kuih raya


Ni pulak tart nenas. Rata-rata sekarang ni ramai yang gemar buat tart gulung.  Akak tak buat kuih tart tahun ni.  Jadinya bila berjalan raya dan ternampak si tart ni, jom le cuba rasa. Balik kampung mertua hari tu terjumpa pulak tart nenas versi lama.  Dah jarang sangat orang buat kuih tart versi macam ni. Akak suka yang ni. Masa sekolah dulu rajinlah tolong kak long buat tart nenas ni. Kak long siapkan adunannya, kak ngah terapkan kuihnya, akak tolong isikan intinya ditengah-tengah.  Selalunya akak isi banyak sebab inti tart tupun buat sendiri jadi tak kisahlah nak letak banyak ke sikit.


kuih raya sedap, kuih raya diminati, kuih raya


Kuih seterusnya ialah crunchy caramel.  Dulu-dulu orang buat bipang kacang tanah ja. Sepoton seposen. Sekarang ni tak jumpa dah. Muncul pula si crunchy caramel ni.  Bahan-bahannya boleh tahan jugak harganya. Patutnya kalau yang jual dah siap tu mahal.  Mudahnya buat sendiri aje. Memang mudah sangat nak membuatnya. Kuih nipun jadi rebutan anak-anak jugak. Sambil tengok tv sambil mengunyah.  Mujur mak korang buat banyak bolehlah makan lebih. 


kuih raya sedap, kuih raya diminati, kuih raya


Satu lagi kuih pilihan akak tahun ni ialah choc chips cookies.  Akak buat nipun sebab terjumpa tepung choc chip yang dah siap beradun cuma tambahkan butter dan choc chips nya sahaja dan terus boleh bakar.  Walaupun rupanya agak gelap terlebih, tapi rasanya memang sedap jugak. Bolehlah nanti kalau nak buat lagi.


kuih raya sedap, kuih raya diminati, kuih raya


Ada satu lagi kuih yang akak tak sempat nak buat. Biskut mazola.  Entah kenapa masa membeli semangat bukan main tapi bila dah tengok beberapa bekas kuih bersusun, tiba-tiba takde mood nak buat.  Nanti-nantilah akak buat untuk jamuan raya anak-anak di sekolah pulak. 

Walaupun kesuntukan masa untuk buat biskut raya, akak selitkan juga masa sikit-sikit sebab nak wujudkan suasana meriah menyambut raya pada anak-anak.  Kalau dulu masa kita kecil-kecil menanti ketibaan hari raya memang sesuatu yang menyeronokkan. Sekarang ni masa kitalah pulak yang dah bergelar ibu ayah ni wujudkan suasana begitu pada anak-anak.  Dapat juga kurangkan masa mereka dengan gadget dan menonton tv.



8 Comments

  1. wahhh tiba tiba rasa lapar hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/4-cara-elak-perut-kenyang-semasa-beraya.html

    ReplyDelete
  2. timm suka betoi klau dpt tat nenas yg hancur dimulut, aumm! dap!

    ReplyDelete
  3. WAH..MENARIK BISKUT-BISKUT TU.

    NEW FOLLOWER SINI

    ReplyDelete
  4. my sister jual kuih..
    kalau bulan puasa tu rumah i mmg bau butter je..
    tapi bila raya, sebalang pun tak de kuip dia kat rumah i.
    habis semua dijual.
    i pulak yg membeli kat luar..

    ReplyDelete