Macam biasa bila hujung minggu tiba, kepala ni ligat memikirkan apa menu istimewa yang ingin disediakan untuk keluarga.  Tak kiralah samada akak yang sediakan atau en hubby, kami seboleh mungkin mencuba menu yang lain daripada hari-hari biasa.

Menu Yang Menarik Minggu Ini

Ada kawan di ofis jual telur puyuh.  Dalam kepala dah terbayang nak buat sambal tumis telur puyuh nak padankan dengan nasi lemak.  Secara kebetulan en hubby beli kangkung. Kat kampung sendiri biasa makan nasi lemak lemak, letak sambal dan juga kangkung celur berserta kacang dan timun potong.  Sesekali kita buat dan hidang cara kita makan. Lain lah sikit daripada biasa.

selera keluarga, masak-masak bersama ibu, hujung minggu bersama keluarga

selera keluarga, masak-masak bersama ibu, hujung minggu bersama keluarga




Disebabkan masak nasi lemak dan lauk lain dah awal siap, sebelum jam 11 pagi lagi maka tengahari ada masa free lebih.  Jenguk-jenguk dapur nampak pisang nangka yang beli di pasar malam semalam.  Picit sedikit rasa dah lembik dan sesuai untuk buat pengat.  Semua bahan ada, maka menjadikan pengat pisang nangka.  Buat tak banyak sebab yang teringin nak makan akak sorang.  Sempat jugaklah tapau sikit untuk abang irfan since petangnya ada aktiviti di sekolah beliau.

selera keluarga, masak-masak bersama ibu, hujung minggu bersama keluarga


Ahad pula rasa nak masak yang ringkas. Terjadilah sup ayam lobak putih seperiuk.  Habuan untuk makan tengahari dan malam.  Biasanya begitulah kalau masak hujung minggu memang satu lauk utama akan cover sampai malam.  Tak payah fikir banyak.  Ada orang kata lobak putih tu pahit rasanya. Tapi akak suka, anak-anak dan hubby pun suka.  Kena pandai masak kata hubby.  Akak pun belajar makan lobak putih setelah diperkenalkan masakannya oleh en hubby.  Lobak putih ni kalau nak sedap korang kena masak agak lama sikit.  Baru hilang rasa pahitnya.  Cubalah..korang mesti suka makan lepas cuba.

selera keluarga, masak-masak bersama ibu, hujung minggu bersama keluarga



Sebelum tutup dapur petang semalam, baki pisang yang ada akak blend kan dengan beberapa sudu gula. Kemudian campurkan dengan tepung dan serbuk penaik. Jadikan cekodok pisang.  Pun habis anak-anak makan sambil bersembang melayan latihan kerja di buku.

Seronok juga bila hujung minggu tak ke mana-mana. Selain dapat selesaikan banyak kerja-kerja yang tak siap, dapat juga mengeratkan ukhwah anak beranak sambil makan-makan dan bertukar cerita, gosip dan kegemaran.

10 Comments

  1. Hmm sedapnya.. Belum pernah lagi makan telur puyuh.. Rasa macam nak try pula

    ReplyDelete
  2. telur puyuh.. lamanya tak makan...

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak tu sedaaapnyaa kak. Terliur tengok 😀

    ReplyDelete
  4. Hujung minggu memang best lepak di rumah seisi keluarga sambil makan-makan.

    ReplyDelete
  5. kecik comel je telur puyuh ni..sekali ngap sebiji terus masuk mulut hehe

    ReplyDelete