Cari Yang Lain Pulak

Wednesday, July 12, 2017

Mood ke laut betul la. Banyak hari dah tak update. Bila tak update mesti kurang yang datang jengukkan. Rugi di situ!

Korang dah habis beraya ke? Masih mengamalkan konsep rayakan sebulan? Akak takdelah beraya sangat lagi. Sekadar memenuhi jemputan rumah terbuka yang masih bersaki baki termasuklah jemputan ofis terbuka. Cerita rayapun tak habis lagi.  Banyak sangat gambar yang nak dipilih, kelabu mata jadinya nak memilih mana yang sesuai.  

Bila menghadiri jemputan yang berunsur raya ni memang juadah rendang ketupat, lemang tidak akan terkecuali.  Jemu juga jadinya.  Nak lari dari tajuk raya, minggu lepas balik kampung dapat bekalan pisang emas di bawa belayar.  Tanpa berlengah jadilah jemput-jemput pisang atau nama glamernya cekodok pisang.  Puas dapat buat sendiri.  Tak sangka pulak ramai peminat yang tiba-tiba bertukar selera macam akak ni.   Berebut-rebut jadinya!


Cari Yang Lain Pulak


Nampak warna tak berapa menarik tapi yang penting rasanya.  Tak kisahlah tergelap sikit ke, asalkan habis tak berbaki.  Gitulah bila sesekali buat kelainan. Lepas ni kena tunggu pulak lama sikit baru buat lagi macam ni.

You Might Also Like

10 comments

  1. memang sedap! pisang pun dah mahal sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali makan memang sedap..makan panas-panas pulak tu

      Delete
  2. memang betul.. sesekali tukar selera berbeza terus laju semua mengejar..! heheheheheee... makan panas2, berbut2 sambil lawan dgn kopi O.. pergghhhh...!

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sesekali kena buat kelainan untuk minum petang family memang dapat sambutan juga

      Delete
  3. kalau cekodok pisang, ini la warnanya, kalau bukan warna macam ni, bukan cekodok pisang la namanya. hehe

    ReplyDelete
  4. cekodok pun sedappp. jemu dah lauk raya hari-hari hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah, kita pun dah lama tak makan cekodok pisang.. teringin pulak dah aihhh...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook