Budak Ni Dah Besar

Wednesday, July 19, 2017

Anak-anak ni cepat sungguh membesar. Dulu masa baru lahir selalu kata bilalah korang nak besar.  Sekarang ni semua dah besar panjang. Dah tinggi lebih daripada mak ayah.  Bila tengok gambar masa anak-anak ni kecil memang seronok rasanya mengingat kisah lama.

Memandangkan kakak-kakak tak lama lagi nak exam maka en hubby telah mengeluarkan larangan menonton tv di waktu malam.  Termasuklah adik wan tak boleh tengok tv.  Bila dah tak boleh tengok tv biasanya adik wan akan mengekor aje ke mana akak pergi. Bila dah bosan dengan mainannya, mesti dia suruh akak buka youtube tengok kartun.

Malam tadi sebelum tidur, dia ajak akak tengok drama.  Haaa....padan muka penangan mak dia selalu sangat tengok drama online.  Kenalah mak cari drama yang berdurasi pendek supaya dik wan cepat tidur.  Tak lama pun , tak sampai 5 minit berlalu dah lena.


Budak Ni Dah Besar


Inilah dia si kecil yang dulunya bam bam sangat.  Dah besar pun, tahun depan dah masuk tahun satu. Tak boleh akak nak bayangkan si manja ni nak masuk sekolah rendah dengan baju putih kasut putih.  Sekarang ni dah semakin rajin dengan buku-buku dan latihan kerja yang mudah-mudah.  Moga menjadi anak yang bijak, yang soleh dan yang sentiasa baik budi pekerti....

Sekarang ni dah makin pandai berkawan sampai mak dia jenuh nak kepung.  Tak pe berkawan biar beribu dan kenalah pandai bawa diri supaya kawan tidak menyusahkan kawan.

You Might Also Like

7 comments

  1. Betul tu. Bila masing-masing dah besar kita pulak yg rindu zaman diaorg kecik nak-nak pulak masa diaorg baby... suka bau baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Hargai setiap masa yang ada bersama anak-anak ni

      Delete
  2. Masa memang pantas berlalu kan azi

    Anak kita makin lama makin besar

    kita makin tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu mazniza. Tau tau diaorang ni dah besar panjang.

      Delete
  3. huk aloh comei nye..smoga membesar dgn sihatnya..

    ReplyDelete
  4. atototototo pipi dia.. gewamnyaaa tengok =D

    ReplyDelete
  5. Comelnyee dia...geram saya tengok oo gebus gebas dia tu =)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook