Biar Masakan Anda Ringkas Asalkan Sedap

Tuesday, July 25, 2017

Masak-masak masa hujung minggu baru ni.  Daripada lepas bercuti raya hari tu lagi, baru minggu lepaslah  berada kat rumah di hujung minggu.  Tak larat dah memenuhi jemputan rumah terbuka sebab dah rasa serabut sangat dah keadaan rumah.

Dua hari kat rumah, selesai semua hal-hal kain baju yang bertimbun tak berlipat,berbakul tak bergosok.  Lega bila tengok bakul-bakul dah mengusut dan ada yang dah kosong.  Masa untuk mengosongkan peti ais dan isi dengan stok baru jugak.  Bila nak kosongkan macam-macam lah jumpa dan mulalah mereka menu yang boleh suit dengan saki baki yang ada.

Hasilnya terhasillah menu berikut yang confirm senang nak buat dan kena dengan selera kampung akak ni.  

Menu Cepat Untuk Dimasak


Ayam goreng halia bercili.  Kalau ayam yang tinggal hanya beberapa ketul, eloklah korang kerat-keratkan jadi potongan kecil, bolehlah campak-campakkan masak ayam goreng halia ni. Takperlukan banyak bahan pun, ada ayam, bawang besar, bawang putih, halia, sedikit cili mesin, sedikit sos tiram, kicap cair, cili padi dan cili merah. 10 minit tak sampai siap satu menu.


menu simple, menu mudah disediakan, masakan segera


Sambal tempe bilis.  Nipun tak susah nak buat.  Sabtu pagi akak siap awal masakkan nasi lemak seperiuk dengan sambal ikan bilis.  Memang santapan seharian kami sekeluarga. Sambal bilis akak buat lebih sikit.  Ada tempe, potong-potongkan dan goreng, kemudian boleh campurkan dengan baki sambal bilis, bagi kering sikit. Dah boleh jadi satu lagi menu menarik.  Akak memang hantu tempe. 



menu simple, menu mudah disediakan, masakan segera


Maggie goreng ni hasil masakan en hubby.  Bila dah tengok si isteri sibuk dengan membersihkan rumah dari pafi, maka en hubby pun dengan sukarela masakkan maggie goreng untuk kami semua. Alhamdulillah..ringan tulang en hubby ni kalau bab-bab tolong memasak ni.


menu simple, menu mudah disediakan, masakan segera


Sekarang ni kat mana-mana di Kulim ni nampak orang jual buah manggis.  Manggis sekilo RM4, beli 3 kilo RM10 sahaja.  Bolehlah dengan harga tu. Akak kan suka warna purple, harus beli.  Manggis ni akak suka kombinasi warnanya - kulit gelap, isi putih. Hitam hitam si tampok manggis, sungguhpun hitam ku pandang manis .....



menu simple, menu mudah disediakan, masakan segera


Harap idea menu ni boleh juga bantu korang sediakan masakan ringkas untuk keluarga.

You Might Also Like

6 comments

  1. SA pun suka masak yang simple- simple jer kak Azi

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini.. betol jugak tu kadang kala kebuntuan idea bila ada baki ayam yang x diusik blh lah buat macam ni..

    ReplyDelete
  3. Betul.. masakan walaupun to gkas tapi puas Hati ka. Boleh control garam gula jgn berlebihan

    ReplyDelete
  4. resepi mudah ja..tapi sedap tu yg buat yeringt

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook