Sambal Hitam Original Daripada Pahang

Wednesday, June 07, 2017

Dah lama dengar orang bercerita pasal sambal hitam tapi akak tak pernah tergerak nak cuba.  Dalam hati...hmm...sambal je kot, masak lama-lama gelaplah jadinya. Betul ke?  Lepas tu ramai yang kata sedap. Sedap ke?  Sana sini ramai kawan-kawan jauh dekat yang dok bercerita tentang sambal hitam. Khabarnya banyak terdapat di Pahang.

Nak jadi cerita, ternampak fb yang ada menjual sambal hitam original daripada Pahang.  Sebab ramai memuji, tergerak hati nak mencuba.  Mana tak tergerak, asalkan kawan iklankan, tak sampai 2-3 jam habis dijual...laku keras!

Nilah dia, akak pun nak cuba jugak.  Order sampai dapat, nak yang original.  Kawan pun poskan 2 bungkus untuk akak. Sampai elok sejam sebelum berbuka puasa.  Jadilah hidangan masa berbuka dan hmmm.. memang sedap. Anak-anak pun berebut makan dengan cucur jagung. 

Apa Rahsia Sambal Hitam Yang Sedap?

Bahan utama membuat sambal hitam ini ialah belimbing buluh.  Belimbing buluh ni kalau musimnya memang berbuah sangat banyak, sampai tak abis guna. Cara penyediaannya agak lama juga sebab tulah sedap kot.  Banyak yang share resepi di laman sosial. Nanti bila ada stok belimbing buluh yang banyak bolehlah cuba buat.


sambal hitam belimbing buluh, sambal hitam pahang, sambal hitam sedap, pembuka selera


Dah menghampiri pertengahan Ramadhan ni memang kena cari lauk yang boleh membuka selera makan. Nampaknya akak dah jumpa dah.

Kalau korang nak cuba, boleh cuba Sambal Hitam Wan Nor ni dan hubungi nombor telefon yang ada pada sticker tu tau.




You Might Also Like

2 comments

  1. SEDAP NIE KAK...FARAH PUN SUKA SAMBAL HITAM

    ReplyDelete
  2. penah sekali rasa.. sedap kat sabah ni tak tau mana nk dpt

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook