SAFI Shayla Syampu Wanita Bertudung

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Rambut yang menawan pastinya lahir daripada penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan.  Bagi wanita yang bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.  Akak gunakan SAFI Shayla syampu untuk wanita bertudung.  Anak-anak dara kat rumah pun suka gunakan syampu ni.


safi shayla, syampu wanita bertudung, penjagaan rambut istimewa



Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.


safi shayla, syampu wanita bertudung, penjagaan rambut istimewa

Set syampu SAFI Shayla penjagaan wanita bertudung yang akak dapat.  


SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.


safi shayla, syampu wanita bertudung, penjagaan rambut istimewa

safi shayla, syampu wanita bertudung, penjagaan rambut istimewa




Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


SAFI Shayla Dalam Bentuk Fleksi

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


safi shayla, syampu wanita bertudung, penjagaan rambut istimewa

Syampu dalam pek fleksi.  Nak simpan pun senang.  Lepas syampu boleh guna perapi rambut.  Serius korang baunya sangat wangi.  Rasa segar dan selesa sangat.


 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Info Lanjut SAFI Shayla

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? 

Layari saluran :

Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY 
Instagram SAFI@safimalaysia 
laman web SAFI www.safi.com.my

3 Comments