Bulan puasa banyak kan cerita pasal makan. Berkongsi apa yang kami minat dan yang kami sediakan untuk keluarga dengan korang yang datang singgah baca sini.  Mana tau, korang takde idea nak masak apa, lepas baca blog akak ni dapatlah juga idea apa korang nak masak terutamanya untuk menambat selera anak-anak yang baru nak belajar berpuasa.

Ayam Goreng Hidangan Mudah

Paling mudah nak tambat hati anak-anak berselera samada masa berbuka atau bersahur ialah ayam goreng.  Tapi ayam goreng ni macam-macam cara boleh disediakan.  Ada yang goreng biasa sahaja dengan gaul garam kunyit. Ada juga yang disalut dengan tepung serbaguna yang banyak terjual di pasaran.  Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Ayam goreng  hidangan mudah kalau korang dah tak sempat nak masak lauk lain. Budak-budak ni makan ayam goreng dengan kicap pun boleh habis sepinggan nasi.

Ayam goreng macamana yang menjadi pilihan kami sekeluarga?


ayam goreng sedap, ayam goreng rangup, menu mudah


Ayam goreng berempah kruk krak kruk krak! Amboi tajuk ayam goreng....hehehee....
Sangat mudah nak sediakan. Bahan-bahan yang akak gunakan ialah  serai, halia dan bawang putih.  Kisar semua ni dan masukkan juga garam dan kunyit. Lepas tu gaulkan sahaja potongan-potongan ayam ke dalam bahan kisar ini. Biarkan 10-15 minit sebelum digoreng. Tapi kalau tak sempat...lepas gaul dan minyak panas, terus goreng.

Posisi ini sahaja yang sempat akak ambil gambar ayam goreng rangup ni. Tak sempat nak ambil gambar, tau-tau dah habis sepinggan ayam goreng. Nak pastikan dapat luaran yang rangup, goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan nak sedap lagi, sebelum digaul dengan bahan kisar tadi, ayam tu korang kelar-kelarkan sedikit supaya bahan perapan dapat meresap lebih dalam.

Hmmm....sedap....




2 Comments

  1. sedapnya kak! aish nasib baik dah buka puasa hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/65eday-global-super-sales-event-di.html

    ReplyDelete
  2. Sedap pulak tengok ayam ni akak

    ReplyDelete