12 Reka Bentuk Dapur Pelan Terbuka Untuk Peminat Rancangan Masakan

Friday, June 16, 2017

Rekaan Dapur Impian

Adakah anda penonton setia saluran Food Network dan Asian Food Channel di Astro?

Jika anda peminat rancangan masakan, anda pasti akan perasan yang setiap rancangan itu akan mempunyai set program yang hampir sama. Chef atau pengacara program akan melakukan demo masakan di ‘island kitchen’ yang cantik, menghadap penonton (atau kamera). Dan jika anda seperti saya, anda mesti sudah lama menyimpan impian untuk mempunyai dapur yang luas dan cantik seperti dapur milik Ina Garten dan Giada.

Tapi anda mungkin terfikir, adakah reka bentuk dapur seperti dalam rancangan masakan itu boleh dibuat di rumah anda? Semestinya boleh!

Ramai pereka hias dalaman atau interior designer tempatan yang sangat berbakat dalam mereka bentuk dapur yang moden untuk rumah di Malaysia. Jika anda ingin lihat buktinya, di sini saya telah kumpulkan 12 reka bentuk dapur yang paling saya suka (dan saya pasti anda juga pasti akan suka) oleh pereka hiasan dalaman tempatan yang sangat kreatif!

1. Kondominium di Casa Tropicana, Tropicana

Dapur jenis pelan terbuka atau open plan dengan kabinet serba putih dan permukaan kaunter marmar yang bersambung dengan ruang makan. Rekaan ini membuatkan ruang yang kecil nampak lebih luas.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

Projek oleh: Pocket Square


2. Kondominium di Cheras

Dapur yang bertemakan hitam dan putih ini dilengkapi dengan island counter merangkap meja sarapan. Dapur ini nampak sangat moden apabila ianya dilengkapi dengan ketuhar dan pemanas gelombang mikro yang dipasang dalam kabinet dapur. 




3. Rumah Teres di Temasya Citra, Glenmarie

Dapur moden kontemporari ini menggunakan kombinasi kayu dalam tona cerah, putih dan sedikit hijau untuk menambah seri. Gunakan banyak warna putih untuk ruang dapur yang sempit agar ruang tersebut tampak lebih luas.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik



4. Banglo di Bangsar

Dapur minimalis yang dilengkapi dengan kabinet yang banyak untuk menyimpan peralatan masakan serta pinggan mangkuk. Oleh kerana dapur ini agak luas, pereka hias dalaman membuat keputusan untuk memenuhkan ruang itu dengan island counter yang besar. 


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik



5. Rumah Teres di Ara Damansara

Dapur moden yang menggunakan warna khaki dan putih ini nampak sangat kemas. Ruangan dinding dan bawah island counter dilengkapi dengan kabinet untuk menyimpan peralatan dapur.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik



6. Banglo di Shah Alam

Hiasan dapur ini kelihatan mewah dengan kombinasi warna hitam, putih dan kelabu. Marmar hitam di permukaan kaunter dipadankan dengan laminate dengan corak marmar putih pada bahagian bawah kabinet dan backsplash.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik



Projek oleh: Hatch Design


7. Banglo di Presint 11, Putrajaya


Dapur moden kontemporari ini menggunakan kombinasi kayu asli dan warna putih. Tombol kabinet jenis sorok dan moden membuatkan kabinet di dapur ini nampak kemas dan bergaya.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

Projek oleh: Senihomes


8. Kondominium di Serin Cristal Residence, Cyberjaya

Dapur bertema industri dengan pelan terbuka ini mengenakan teman hitam, putih dan kelabu. Walaupun ruang terhad, pereka hias dalaman ini tetap berjaya melengkapkan dapur ini dengan dapur masak, ketuhar, pemanas gelombang mikro dan sinki yang besar. 


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

Projek oleh: La Conception Hauz


9. Banglo di Mont Kiara

Dapur ini kelihatan seperti salah satu dapur dalam filem Hollywood. Kaunter berbentuk L ini sangat berguna jika anda hendak membuat persiapan memasak dalam jumlah yang besar dan sebagai kaunter bufet semasa kenduri.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik




Projek oleh: Hatch Design


10. Kondominium di Cheras

Lagi dapur minimalis yang sangat kemas dan moden. Semua peralatan elektrik dan pinggan mangkuk disimpan rapi di dalam kabinet built-in yang ditempah khas mengikut tema.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

Projek oleh: QM-design-sdn-bhd


11. Kondominium di Ukay Heights, Ampang

Dapur yang sangat ceria dan funky ini betul-betul melambangkan personaliti pemilik rumah ini. Kabinet yang ditempah khas itu telah mengambil kira ruang untuk ketuhar, dapur memasak dan mesin pencuci pinggan. Rak jenis terbuka pulak digunakan untuk menyusun rapi barang makanan kering.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

 Projek oleh: La Conception Hauz


12. Rumah Semi-D di Ecohill, Semenyih

Reka bentuk dapur jenis terbuka dengan hiasan dalaman moden klasik ini menggunakan blok konkrit di bahagian bawah island counter sebagai hiasan. Kabinet dengan kemasan warna kayu asli pula ditempah khas mengikut saiz dapur tersebut.


Dapur pilihan anda, dapur menarik, rekaan dapur simple dan menarik

Projek oleh: Amorphous Design

Semasa saya mengumpul gambar hasil kerja pereka hias dalaman tempatan di atas, saya sangat kagum dengan kebolehan mereka. Mereka berjaya menjadikan ruang dapur yang kecil itu praktikal dan menarik dalam masa yang sama. Ternyata bakat mereka setanding dengan pereka hias dalaman luar negara.

Jika anda mahukan nasihat dan konsultasi daripada pereka hias dalaman tempatan, layari Recommend.my. Recommend mempunyai lebih 800 penyedia khidmat profesional sedia untuk memberi idea baru yang menarik untuk rumah anda.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook