Assalamualaikum wbt.  Tahniah kakak dapat anugerah cemerlang untuk peperiksaan tahun lepas.  Kat sini biasanya anugerah cemerlang pelajar dibuat selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.  Ramai jugak kawan-kawan yang pelik dan bertanya. haa... tulah jawapannya.


congratulation, tahniah, anak cemerlang, anak disiplin



Tahun ni kakak akan mengadap peperiksaan PT3 pulak. Sekarang ni dah mula dengan tugasan subjek Sejarah.  Hari-hari mengadap sejarah.  Bila buat tugasan begini, bolehlah juga mak ayah bantu beri idea serba sedikit macamana nak buat, bantu mana yang boleh.  Ibupun bukanlah cekap sangat subjek sejarah ni...hehehe. Minggu lepas dapat jumpa abangnya di asrama, dapatlah serba sedikit idea dan semangat abang pas kat kakak.  

Minggu ni kakak sibuk pula dengan latihan kawad kaki sebab akan menyertai kem kadet zon utara minggu depan.  Daripada tiga orang yang dah bersekolah ni, minat kakak lain sikit, suka dengan aktiviti lasak.  Bagus sebenarnya anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti begini sebab ia membantu anak-anak berdisiplin dan membina jati diri.  

Harap kakak terus cemerlang dunia akhirat yer.  Terharu melihat kesungguhan anak-anak dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Kami doakan yang terbaik untuk mereka.....

2 Comments

  1. amiin, semoga kakak terus maju ke hadapan, masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan memang sebagai ibu bapa harus sentiasa support anak2.

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat kakak.. Semoga terus cemerlang ye..

    ReplyDelete