Mama Wosh Membantu Anda Di Rumah

Wednesday, May 24, 2017

Sebagai ibu yang bekerja mesti jadual harian korang padat kan? Tambah-tambah kalau korang ada anak kecil atau anak-anak yang bersekolah untuk diuruskan.  24 jam sehari memang padat dengan pelbagai tugas.  Biasanya bila dah terkejar ke sana sini, ada urusan di rumah yang terpaksa ditunda.  Kalau akak yang biasa akak tangguhkan ialah membasuh baju. Tunggu sampai bakul baju untuk di basuh penuh atau baju di almari menyusut barulah nak berkisah tentang bab basuh baju. Bila nak basuh baju pulak, cuaca tak menentu. Akhirnya hantar ke dobi jugak tapi nak kena tunggu juga sampai selesai proses membasuh dan mengeringkan baju.

Ni akak ada berita baik untuk warga kota. Korang boleh gunakan perkhidmatan Mama Wosh untuk uruskan pakaian yang perlu didobi. Tak payah menunggu lagi, hubungi mereka, mereka akan uruskan dari ambil, basuh, kering, lipat, iron dan hantar semula ke rumah kita. Mudah sangat!


dobi mudah, cara mudah khidmat dobi pakaian, mama wosh, berita baik untuk warga kota


Bagaimana Berurusan Dengan Laundry Pickup And Delivery Service Mama Wosh

Mama Wosh adalah merupakan perkhidmatan `all-in-one laundry and dry cleaning' yang akan membantu anda terutama warga kota untuk menguruskan urusan pakaian kotor anda.  Korang tak perlu lagi risau baju yang di basuh tidak kering, tak sempat nak basuh baju, hari hujan dan sebagaikan.  Korang booking sahaja perkhidmatan MAMA WOSH dan korang boleh rehat tunggu mereka hantar semula pakaian korang kat rumah.


4 Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan MAMA WOSH

1. Guna bila perlu sahaja - bila baju nak basuh dah menggunung tinggi, korang hubungi MAMA WOSH dan buat booking.

2. Perkhidmatan Door - to - Door, jadi korang tak perlu risau nak start kereta, nak angkat bakul masuk kereta-keluar kereta sebab perkhidmatan MAMA WOSH akan datang ke rumah korang dan angkut baju-baju yang nak dibasuh.

3. Jimat masa - dengan perkhidmatan MAMA WOSH, korang boleh gunakan masa untuk buat kerja lain atau berehat dengan keluarga sambil layan anak-anak bermain atau buat kerja sekolah. 

4. All in one laundry - perkhidmatan MAMA WOSH meliputi semua jenis pakaian, karpet, cadar dan lain-lain lagi.  Perkhidmatannya juga meliputi kerja-kerja mencuci, mengering, melipat, iron dan juga dry cleaning.  Mudahkan kerja korang?



dobi mudah, cara mudah khidmat dobi pakaian, mama wosh, berita baik untuk warga kota



5 Langkah Menggunakan MAMA WOSH

Jom akak kongsikan pula bagaimana korang nak gunakan perkhidmatan MAMA WOSH.  Mudah sangat.


dobi mudah, cara mudah khidmat dobi pakaian, mama wosh, berita baik untuk warga kota


Langkah 1 : Kemudahan Tempahan Atas Talian
Tempahan boleh dibuat secara online pada bila-bila masa . Tentukan lokasi urusan pick up dan delivery dan tempahan korang akan dipenuhi.

Langkah 2 : Urusan pickup yang cepat dan pantas
Kebiasaannya urusan pick up akan dibuat dalam masa 1 jam dari masa tempahan. Kelewatan mungkin disebabkan kesesakan lalulintas atau perkara-perkara yang tidak diduga berlaku dalam perjalanan. Maklumlah kawasan perkhidmatan MAMA WOSH ini banyak meliputi di bandaraya.  Lokasi pickup pula, korang boleh minta mereka datang ke mana-mana sahaja lokasi yang korang nak samada kat rumah, pejabat malah kat hotel sekalipun mereka boleh sampai.

Langkah 3 : Perkhidmatan Yang Professional dan Cekap
Perkhidmatan MAMA WOSH adalah antara perkhidmatan yang profesional dan cekap. Pengalaman yang melebihi 20 tahun dengan menggunakan peralatan dobi dan dry cleaning yang terbaik.  Penggunaan bahan pencuci dan pelembut yang tidak memudaratkan pengguna terutama yang mempunyai anak-anak kecil yang berkulit sensitif.  Proses cucian MAMA WOSH dijamin keselamatannya.

Langkah 4 : Bayar Secara Tunai Atau Online
Cara pembayaran korang boleh pilih samada nak bayar tunai (COD - cash on delivery) atau secara online.  Sebelum buat pembayaran, korang kena pastikan yang korang puashati dengan perkhidmatan MAMA WOSH. Lepas terima invoice daripada mereka, barulah korang buat bayaran.

Langkah 5 : Masa Penghantaran Yang Fleksibel
Masa penghantaran MAMA WOSH sangat fleksibel mengikut kesesuaian korang.  MAMA WOSH beroperasi 7 hari seminggu bermula 8.00 am - 10.00pm pada hari bekerja dan 9.00 am - 9.00pm pada hujung minggu.  Bagi kawasan liputan MAMA WOSH iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,  perkhidmatan adalah percuma manakala bagi kawasan Shah Alam dan Subang Jaya surcah RM5 atau RM10 dikenakan.

Kawasan Liputan MAMA WOSH

Korang yang berminat bolehlah semak dahulu kawasan liputan perkhidmatan MAMA WOSH ni.  Untuk yang jauh-jauh, korang tunggulah dulu kot-kot nanti MAMA WOSH akan melebarkan lagi sayapnya ke tempat korang.


dobi mudah, cara mudah khidmat dobi pakaian, mama wosh, berita baik untuk warga kota



Kuala Lumpur : 
Bangsar
Bukit Bintang
Bukit Damansara Heights
KLCC
KL Sentral
Mont Kiara 
Sentul

Petaling Jaya :
Ara Damansara
Bandar Utama
Damansara Perdana
Damansara Utama
Kota Damansara
Mutiara Damansara



Harga servis Pickup & Delivery MAMA WOSH

Bergantung kepada perkhidmatan apa yang korang nak guna, MAMA WOSH menawarkan harga yang berpatutan. Setiap tempahan akan dikenakan caj RM25 dan sekiranyanya korang mendaftar sebagai ahli, potongan 20% akan diberikan pada setiap tempahan. Berbaloi tau! Maklumat lebih lanjut berkenaan harga yang dikenakan, korang boleh klik SINI


dobi mudah, cara mudah khidmat dobi pakaian, mama wosh, berita baik untuk warga kota


Korang boleh layari LINK INI atau klik mana-mana gambar di sini untuk tahu lebih info tentang MAMA WOSH.



Mama Wosh (Malaysia) Sdn. Bhd. 
No 8, First Avenue, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Mobile: 017 370 1074

Email: hello@mamawosh.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Kalau macam ni kan..makin rajin la SA kumpul baju jadi gunung..pas tu call je Mama Wosh...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook