Ulam Pembuka Selera

Suka makan ulam tak? Kalau tak suka....rugi tau! Akak dulu macam segelintir daripada korang jugak. tak suka makan ulam. Alasannya, kebanyakan ulam-ulaman ini rasanya pahit. Menginjak usia, tambah-tambah selepas mendirikan rumahtangga dan en hubby penggemar pelbagai jenis ulaman, maka akak pun terjebak sama. Ulam pembuka selera makan terutama pada mereka yang takde selera nak makan. Tambah-tambah kalau ada sambal belacan. Memang gandingan yang mantap. Siapapun penggemar ulam-ulaman ini terutamanya spesis ulaman kampung, memang takkan menolak ulam pembuka selera makan masing-masing.


ulam-ulaman kampung, sayur kampung, sayur sihat, khasiat daun selasih



Semalam akak upload gambar ulam-ulaman pilihan kami di IG. Tak sangka ramai peminat. Ada yang bertanya nama-nama ulam yang terdapat di gambar terutama yang jarang sekali kelihatan.  Akakpun berkenalan dengan pelbagai nama ulaman ni melalui en hubby ataupun ketika singgah di tempat jualan kami tanya nama-nama spesis yang kami tidak kenal.

Antara ulaman di atas ialah timun, terung hijau rebus dan daun selasih.  Terung hijau yang kecil-kecil itu bila direbus dan dicecah dengan sambal belacan..fuhhh memang mantap! Kebanyakan yang bertanya adalah tentang daun selasih. Selalunya kita tau biji selasih yang dimasukkan atau direndam dalam air minuman terutama air sirap. Yang ini adalah daun selasih, baunya agak menarik dan rasanya pun sedap bila digaul sedikit dengan sambal belacan.  

Setiap ulaman yang ada mesti ada khasiatnya tersendiri. Mungkin ini antara sebab orang-orang lama badannya sihat walaupun menu harian mereka banyak dengan ulam-ulaman ini.  Setiap ulaman ada khasiat tersendiri.

Khasiat Daun Selasih

Mencegah batuk - tumbuhan selasih mengandungi anti oksidan dan vitamin C. Pengambilan daun selasih dapat meningkatkan antibodi tubuh dan meredakan batuk.

Baik untuk jantung - khasiat dalam daun selasih membantu mengurangkan kolestrol jahat dan meningkatkan pengalira darah.

Baik untuk kesihatan mata dan mulut - selasih sangat kaya dengan vitamin A yang sangat penting untuk mengatasi masalah mata, menenangkan stress mata dan juga mengawal rabun serta lain-lain masalah penglihatan. Daun selasih juga dapat menghilangkan bau mulut.

Tumbuhan anti-inflamasi - tumbuhan selasih mempunyai sifat anti inflamasi. Tumbuha ini membantu mengatasi penyakit arthritis. Selasih juga mengandungi kalsium sehingga dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah penyakit pada tulang seperti osteoporosis.

Selain yang dinyatakan diatas, daun selasih juga boleh mengurangkan ketagihan rokok, mengurangkan stress, mencegah penyakit diabetes dan juga batu karang. Banyakkan khasiatnya? Lepas ni bolehlah nak cuba-cuba menanam spesis ini di rumah. Tak dapat banyak pun kalau dapat sedikit pun dah cukup untuk kami sekeluarga.

Sekarang ni antara misi akak dan hubby ialah menggalakkan anak-anak memakan pelbagai jenis ulam-ulaman.  Walaupun belum berapa berjaya tetapi sedikit sebanyak ada juga antaranya dah boleh dijadikan menu harian.  Kalau nak ajak anak-anak ni makan ulam-ulaman, kena sediakan juga sambal belacan.  Minggu lepas en hubby bawa balik sekotak kuinin. Nampaknya sedikit hari lagi boleh la makan sambal kuinin pulak, tambah dengan ikan temenung goreng. Hmmm......pemikat dan pembuka selera la....





4 Comments

  1. baru tau daun selasih boleh buat ulam hihihii
    tq ye

    ReplyDelete
  2. Saya peminat ulam dan ini pertama kali dengar daun selasih boleh dimakan atau dijadikan ulam-ulaman.

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak...salam blogwalking kak

    ReplyDelete