Serba Hijau Di Pejabat Sempena Sambutan Earth Day

3:36 PM

Assalamualaikum wbt.  Semalam merupakan Hari Bumi 2017.  Salah satu cara meraikannya, kami digalakkan memakai pakaian berwarna hijau.  Makanya macam-macam warna hijaulah yang kelihatan dalam bangunan tempat kerja akak ni.  Bukan di sini sahaja malahan di mana-mana rangkaian pejabat yang sebumbung dengan kami di seluruh negara.

Initiatif pihak corporate pulak mengadakan pertandingan selfie terbaik antara pekerja. Maka macam-macam aksi selfie dan wefie la yang kelihatan.  Termasuklah akak and the gang yang tak mahu ketinggalan. Dah berjanji daripada malam lagi. Sesungguhnya perangai seperti anak-anak sekolah itu masih ada lagi dalam diri ibu-ibu ini.


Earth day, Hari Bumi, Sambutan Hari Bumi 2017

Buat macam-macam gaya sebab nak masuk pertandingan. Harap-harap dapatlah menang hadiah wang tunai.  Bolehlah kami belanja makan pulak. Nampak tak kat situpun ada blogger Cahaya Hayati. 


Earth day, Hari Bumi, Sambutan Hari Bumi 2017

Kat tangga pun boleh. Wefie dan selfie di mana-mana. Asalkan hijau.
Bila ada geng kaki selfie memang kita pun terjoin sekali..hehhee

Sambutan Hari Bumi bukan setakat itu sahaja, kat rumah pun buat kerahan kemas dan buang mana-mana bahan yang tidak digunakan. Yang boleh recycle kita recyclekan. Semalam juga dah buat penghantaran buku-buku yang sesuai untuk jualan di hari koperasi sekolah abang irfan.  Itupun salah satu cara sambutan Hari Bumi. Ada yang kita tak perlu buang tapi kita boleh kongsikan dengan orang lain yang mungkin memerlukannya.  Dengan cara ini barulah rumah pun tak serabut. Banyak lagi benda nak kena clearkan tu. Tak sabar tunggu hujung minggu supaya boleh buat aktiviti-aktiviti mengemas.



You Might Also Like

1 comments

  1. Bumi kita pun dah makin tua, memang kena jaga sebaiknya

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

top social

Pinterest

Subscribe