Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017 telah Dibuka

Tuesday, April 04, 2017

Assalamualaikum wbt.  Berita baik untuk peminat larian marathon.  IJM Land Half Marathon 2017 bakal kembali lagi dengan suasana yang lebih meriah dan bertenaga. Dijangka akan berlangsung pada 13 Ogos 2017, bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2.  Dengan sasaran 7000 penyertaan dari seluruh negara, acara ini adalah untuk tahun ke 6 diadakan.

Acara ini diharap dapat menarik minat terutamanya penduduk sekitar Seremban 2 yang mahukan gaya hidup sihat di samping dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri dan berkongsi minat.  

marathon, IJM Land Half Marathon, sukan, kesihatan


Sejak dilancarkan pada tahun 2012, acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia.


marathon, IJM Land Half Marathon, sukan, kesihatan

Dua Badan Kebajikan Akan Terima Kutipan Dana

Sebahagian daripada hasil kutipan yuran penyertaan IJM Land Half Marathon 2017 ini akan disalurkan kepada 2 badan kebajikan.  Aktiviti ini telah dijalankan selama 3 tahun berturut-turut. Dua badan kebajikan terpilih ialah :

  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Negeri Sembilan
  • Malaysi Lysosomal Diseased Association (MLDA)

Kategori Larian Marathon

  • Kategori 21km (half marathon)
  • Kategori 10km - untuk wanita dan lelaki berusia 18 tahun dan ke atas
  • Kategori 10k - untuk kanak-kanak atas 12 tahun

marathon, IJM Land Half Marathon, sukan, kesihatan



Pemenang kategori Lelaki dan Wanita akan menerima IJM Land Half Marathon Challenge Trophy. Selain itu, peserta yang dapat menamatkan larian akan membawa pulang goodie bag dengan pelbagai cenderahati daripada Yakult dan penaja lain beserta Medal Finisher dan sijil penyertaan. Cabutan bertuah juga disediakan dengan hadiah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi.


marathon, IJM Land Half Marathon, sukan, kesihatan

IJM Land Half Marathon 2017 juga disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

Pada anda yang berminat dan berkelapangan, jom turut sertai IJM Land Half Marathon 2017.  Jangan lupa pendaftaran dibuka sehingga 31 Mei 2017.

Info lanjut dan pendaftaran boleh di dapati di www.ijmlandrun.com



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook