Penantian 10 Tahun Berakhir Dengan Kejayaan

Friday, April 14, 2017

Assalamualaikum wbt.  Tahniah diucapkan kepada jaguh trek negara, Azizulhasni Awang kerana telah berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Trek Dunia Di Hong Kong malam tadi.  Azizul adalah salah seorang ahli sukan yang akak sangat suka ikuti sebab beliau mempunyai daya saing dan senangat yang tinggi.  Sentiasa berazam untuk berjaya.

jaguh trek negara, azizulhasni awang, pingat emas, berusaha jangan putus asa
*gambar - kredit to Berita Harian online


Melihatkan video semasa pertandingan tersebut yang dikongsikan di media sosial, akak pulak yang tumpang menjerit bila melihat kayuhan beliau di saat-saat akhir perlumbaan .  Walaupun beliau mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dengan peserta lain, itu bukan bermakna beliau tidak mampu memberikan saingan.

Tahniah sekali lagi, moga semangat seperti ini ada pada setiap antara kita yang mahukan kejayaan. Terus berusaha sampai berjaya !

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook