Mudahnya Dengan Pek Isian Semula Carrie Junior

Monday, April 10, 2017

Assalamualaikum wbt.  Hujung minggu biasanya masa untuk akak stock up keperluan rumah.  Anak-anak tolong semak barang-barang keperluan diri yang perlu ditambah.  Biasanya adik wan orang yang pertama minta stock up sabun mandiannya.  Selagi tak tulis dalam senarai perlu beli, selagi itulah dia suruh kita tuliskan.   Sabun mandian yang biasa kami belikan untuk adik wan ialah Carrie Junior.  


carrie junior, istimewa untuk anak-anak, pek isian semula sabun mandi


Carrie Junior Pek Isian Semula

Carrie Junior yang menariknya ada pelbagai wangian yang menarik.  Sesuai untuk jiwa riang anak-anak. Eh!! Kadang-kadang mak pun tumpang guna.   Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.


carrie junior, istimewa untuk anak-anak, pek isian semula sabun mandi

Dapat satu set lengkap Carrie Junior....seronok dia boleh wangi-wangi setiap kali lepas mandi.


Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.


carrie junior, istimewa untuk anak-anak, pek isian semula sabun mandi
Lepas mandi mesti suruh cium dulu dan tanya wangi tak? Anak riang, mak pun senang hati..


Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.

Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah &Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.


carrie junior, istimewa untuk anak-anak, pek isian semula sabun mandi

                        

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

You Might Also Like

2 comments

  1. Pek isian ni byk julia perhatikan di Mydin...murah

    ReplyDelete
  2. suka bauan mandian Carrie Junior ni..bestt

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook