Mudahkan Penjagaan Diri Dengan Veet Sensitive Touch Trimmer

Friday, April 14, 2017

Assalamualaikum wbt. Hai korang. Kali ni akak nak berkongsi dengan korang tentang pembantu baru dalam penjagaan diri wanita. Veet Sensitive Touch Electric Trimmer - alat mencukur terbaru yang memudahkan urusan penjagaan kebersihan terutama di bahagian-bahagian sulit wanita dan yang penting ianya mudah digunakan.  Keluaran terbaru VEET ini direka khas untuk wanita kelihatan lebih kemas dan lebih yakin dengan penampilan diri.


veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik



Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Kenapa perlu setiap wanita memiliki Veet Sensitive Touch Electric Trimmer? Ini adalah kerana ianya merupakan alat inovasi terkini Veet untuk memudahkan urusan membersihkan bulu-bulu halus di kening, bahagian sulit dan bawah lengan yang memerlukan penjagaan rapi supaya kelihatan kemas.  Dengan penggunaan seperti pisau cukur biasa, ianya tidak dapat melakukan semua ini. Veet Sensitive Touch Electric Trimmer yang direka khas dengan pelbagai saiz mata pencukur membantu  mengelakkan daripada risiko terluka dan menyakitkan.  Ianya mudah dan pastinya selamat untuk digunakan.

veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik


Bersaiz kecil seperti berus gigi elektronik, Veet Sensitive Touch Electric Trimmer sangat mudah dibawa ke mana-mana.  Ianya juga mudah digunakan bila anda merasa kurang kemas dengan penampilan diri dan perlu untuk membuang bulu-bulu halus seperti di kening supaya penampilan nampak lebih menarik.


veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik

Kelebihan Menggunakan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Veet Sensitive Touch Electric Trimmer mempunyai pelbagai kelebihan.  Antara kelebihannya ialah :

  1. Mempunyai pelbagai aksesori mengikut kesesuaian bahagian cukuran
  2. Set sikat juga disertakan
  3. Mata pisaunya disertakan dengan penutup, lebih selamat untuk dibawa ke mana-mana
  4. Mempunyai berus pembersih
  5. Setiap set Veet Sensitive Touch Electric Trimmer dan aksesorinya disertakan dengan beg kecantikan yang mudah untuk disimpan dalam beg tangan


veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik



Jika anda membeli set Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ini, anda juga akan memperolehi set aksesori seperti berikut :

  • 2 Sided trimming head
  • comb attachment (2mm & 4mm)
  • Styler cap
  • 1 sided trimming head
  • Cleaning brush
  • comb attachment to uniform hair length
  • AA battery

Cara Menggunakan Veet Sensitive Touch Trimmer


Setiap set Veet Sensitive Touch Trimmer mengandungi 4 jenis aksesori kepala yang berbeza untuk memberi kepuasan sempurna ketika mencukur bulu-bulu halus di bahagian-bahagian tertentu.


veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik


  • Membetuk Kening - gunakan 2 sided trimming head untuk membentuk kening.  Mudah sahaja dan anda boleh melakukannya seperti seorang professional.
  • Merapikan sideburn - dengang menggunakan comb attachment (2mm dan 4mm) anda boleh mengemas dan merapikan sendiri bulu-bulu halus di tepi telinga supaya nampak lebih kemas.
  • Membuang bulu-bulu halus di bahagian Bikini dan Underarm (ketiak) 
  • Merapikan Rambut/Bercukur - Tidak selesa dengan rambut panjang dan tidak terurus, anda boleh mengemaskan mengikut gaya yang anda suka dengan menggunakan comb attachment.

veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik


Pengalaman Menggunakan Veet Sensitive Touch Trimmer

Teruja mencuba gadget baru. Memang sangat selesa dan mudah.  Berbeza dengan cara penggunaan biasa yang selama ini menggunakan pencukur.  Dengan Veet Sensitive Touch Trimmer nampak lebih kemas dan penampilan lebih yakin. 


veet sensitive touch trimmer, pencukur untuk wanita, wanita anggun bergaya, penampilan menarik


Bagi yang ingin membeli Veet Sensitive Touch Trimmer ini, bolehlah mendapatkannya di pasaraya dan farmasi di seluruh negara dengan harga RM119.  

Maklumat lanjut boleh diperolehi di VEET SENSITIVE TOUCH TRIMMER




You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook