Menu Istimewa DI Hujung Minggu

Tuesday, April 11, 2017

Assalamualaikum wbt.  Hujung minggu merupakan hari-hari yang memang akak tunggu. Rasanya bukan akak je, korang pun sama kan.  Dengan jadual yang sangat padat di hari-hari bekerja, kedatangan hari Sabtu dan Ahad sangat mengujakan.

Ceh..ayat !! Biasanya apa yang korang buat di hujung minggu? Akak seperti ibu-ibu bekerja yang lain, hari minggu adalah hari mendobi.  Kalau matahari terik memang seronok mendobi sebab cepat sangat keringnya. Lepas mendobi, melipatlah pulak. Bila agaknya mesin membantu melipat kain nak ada ye?

Selain itu, di hujung minggu nilah rumah akak boleh nampak kemas sikit daripada ruang tamu sampai ke dapur dan bilik masing-masing.  Kemas dan selesa mata memandang walaupun tak lama. Tapi yang ini tak selesai juga kalau ada program luar lain yang perlu dipenuhi.

Yang paling akak suka bila tiba hujung minggu ni ialah menyediakan menu yang lebih tersusun untuk keluarga.  Kalau hari kerja biasanya, makan apa yang sempat dan mudah. Bila hujung minggu kita sediakan yang sedikit istimewa untuk dinikmati bersama.

Apa menu istimewa akak sekeluarga weekend baru ni?

asam pedas melaka, cencalok sedap, menu istimewa

Asam pedas ikan pari.  Asam pedas lain pun sedap juga...asalkan pedas-pedas sikit.

asam pedas melaka, cencalok sedap, menu istimewa

Huu....merecik!!



Inilah dia - Asam Pedas Ikan Pari dengan cencalok. Haa.....inilah baru dikatakan anak Melaka jati. Cencalok tak tinggal ! Rugi siapa yang tak makan cencalok ni. Sedap tau! Balik kampung cuti sekolah baru ni sempat rembat sebotol untuk santapan kami.  Walaupun anak-anak tak berapa suka tapi pelan-pelan kita ajar.

Cara Hidangan Cencalok Yang Paling Sedap


Kali ni tak nak cerita tentang resepi asam pedas Melaka. Korang boleh cari dalam blog ni, ada beberapa kali akak share.  Kali ni akak nak share macamana nak menikmati cencalok supaya hidangan menjadi lebih sedap untuk dimakan.

asam pedas melaka, cencalok sedap, menu istimewa

Bahan utama untuk menjadikan hidangan lebih menyelerakan. Digaul bersama cencalok


Biasanya, akak hidangkan cencalok bila buat masakan yang pedas-pedas seperti asam pedas dan sambal tumis.  Rasanya lebih ummppphhh!  Cara nak menghidangkan cencalok pun perlu kena gayanya.  Nak lebih sedap hidangan cencalok, korang boleh sertakan bersama potongan cili merah atau cili padi, hirisan bawang, perahan air limau kasturi dan potongan kulit limau.  Semua ini korang boleh gaulkan sekali. Mudah kan!

asam pedas melaka, cencalok sedap, menu istimewa


Makan nasi panas-panas dengan hidangan asam pedas dan cencalok....hmmmm ...bertambah-tambah pun tak perasan.  Tak percaya....Cubalah!

You Might Also Like

2 comments

  1. Wahhhh nampak sedap je makanan tu! lapar pulak tengok pagi buta ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa.. antara menu kegemaran.. tapi bendi teman tak boleh makan .. alergik

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook